Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, 4 December 2012

Business Senang Vs. Business Susah

Semalam aku melepak dengan 3 orang member aku. Lepas makan ayam KFC, idea nak bercerita tu makin membuak. Standard la kan? Hee.. Masing masing bukak cerita pasal nak bukak bisness.

Satu ketika dahulu!
Ini adalah topik yang aku paling suka sebab sebelum semalam lagi, aku dah sekian lamanya berfikir nak buat bisnes. Takpayah besar sangat pun. Kaedah aku senang. Ada benda, jual. Dapat modal balik, tambah lagik stok!

Saya, Nana & Mamat @ Gerai Azlan Taman Selera, Miri
Tapi aku tak nak la bisnes macam MLM ke ID ke.. Tak! Aku tak berminat! Aku suka buat bisness simple2 je! Tapi bukan mudah! Kalau nak buat bisness kat luar memang la senang kot! Jual gula pun boleh jadi billionaire kan? Tapi situasi aku ni lain. Aku masih sekolah. Masa terhad. Kena pandai bahagi masa. Itu yang perlu diambil kira!

Aku dengan pekerja import Mus!
Aku tengok sekarang bisnes paling mudah cuma satu je. Jual barang online. Setuju tak? Takpayah ada kedai, takpayah bayar sewa, takpayah bayar gaji pekerja. Telan bulat2 hasil jualan. Mcm tu yang aku nak!

Sardines
Member aku sorang idea dia boleh pakai gak. Dia kata pegi borong kain banyak2, lepas tu buat satu blog, then jual kat sana. Tak pun pegi usha je students2/TTO muslimah yang ada kat GMI ni. Muka kena tebal leather la. Duit punya pasal kan?





Pari

Aku dengan grill kesayangan

Ini bukan aksi! Ini adalah perjalanan hidupku!

Sekali sekala jadi customer apa salahnya?

We are multi-racial. Waktu sambut harijadi sahabat dari negara seberang, Indonesia!
Best! Aku suka sebenarnya buat bisness ni! Sekurang2 nya sebelum masuk FYP nanti kita dah ada experience dalam bidang entrepreneur. Masuk je kelas tu nanti komfom dapat A++ (siap ada bintang 2 ketul).

Saturday, 20 October 2012

Penangan Ayam Penyet OMG

Kepada korang yang minat makan ayam penyet, di sini aku nak promote sikit tentang salah satu stall ayam penyet yang aku (dan rakan rakan lain) rasa sungguh sedap a.k.a baik punya. Mana tak nya. Boleh dikatakan muka kitorang je yang pegi sana tak kira siang atau malam. Hahaha..

Kisah bermula dari salah seorang classmate aku yg komplen makanan kat bistro tempat kitorang belajar dah tak best. Pendek kata dah muak. Balik balik ayam, balik balik telur. Sape tak bosan kan. So alternatif lain kena la makan kat luar. Mula mula aku heran jugak kenapa la budak kelas aku asyik makan ayam penyet? So nak mulakan cerita aku join la diorang pegi satu stall yang boleh kata unik jugak la nama nya.. Nama stall tu Ayam Penyet OMG! OMG ni singkatan untuk 'OK! Mantap Gila'. Hahaha.. Pelik kan? Tapi mcm tu la korang kena bagitau kat makcik yang sediakan sambal ayam penyet tu. Kenape? Sebab tahap kepedasan sambal ayam penyet di sini terletak di tangan pelanggan.

Contoh : 

Level OK (Kurang pedas)
Level Mantap (Pedas tahap boleh ditelan)
Level Gila (Telan je la selagi mampu)

Hahaha.. Unik kan? 

Stall ni kalau nak carik mungkin susah sikit. Tapi kalau korang tau gelanggang futsal/badminton yang dipanggil VROX Sport Center, kat situ la stall dia. Lain lain cara untuk tau tempat ni, korang boleh cari nama restoran Tupai Tupai. Sekiranya korang jumpa restoran tu, stall Ayam Penyet OMG! ni betul betul di seberang jalan je.

Sebarang details tentang stall Ayam Penyet OMG! ni korang boleh bukak page Facebook diorang kat sini : Ayam Penyet OMG!