Showing posts with label Colleague. Show all posts
Showing posts with label Colleague. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

FYP (Last part of journey.. Not?)

Assalamualaikum uollss.. Wah......... Tak sangka jugak aku sekarang dah masuk fasa terakhir di GMI!!! 3 tahun rasa macam 1 bulan jersss.. 

Alhamdulillah. Dalam banyak2 kitorang yang melalui tempoh 3 tahun di GMI ni, ada jugak member2 yang tinggalkan kitorang setengah jalan. Sedih jugak kalau fikir balik. Apa la nasib diorang. Aku tetap doakan geng2 yang lepas tangan tu berjaya jugak satu hari kelak. 

Jatuh but never forgotten : 

Fateh
Sharif
Aliff
Lim
Helmi
dan x lupa kat geng course lain, ada yang dah lupa nama...

So mid term final dah lepas, now focus kat FYP jer. Ni lagi satu yang kena lepas baru boleh sebut hooray! Project kitorang utk FYP ni Massecuite Production. Apa itu Massecuite? Jom masuk GMI! Nanti kita kongsi ilmu sama sama. Last but not least, Viel Gluck to all GMi-ans! #YNWA

Ok lah. Leave you here then.. Adios! 

Wednesday, 19 December 2012

Finally It's All Over

Alhamdulillah. Akhirnya tahun pertama aku di GMI tamat dengan sempurna. Akhirnya semua perperiksaan aku dah ambik dengan jayanya (jangan harap jawapan yang aku jawab semua nya betul) tapi dalam kegembiraan yang dirasai terdapat satu perasaan yang di kenali sebagai perasaan seram!

Mana tak nya. Takda satu pun subjek aku ambik time final ni aku buat dengan sepenuh konfiden. Ilmu yang ada dalam otak tak lebih 50% pun aku rasa. Pergh! Tak tau la.. Aku rasa aku nya GPA bakal drop dari sebelum nya.

Bagi aku semester 2 ni aku tak pressure diri aku macam semester lepas. Kalau semester lepas semangat aku lain sikit. Naik sem ni, semangat aku dalam keadaan statik je. Takda anjakan paradigma langsung.

Harap harap lepas ni aku akan buat yang terbaik. Tahun ke 2 ni aku akan cuba dapat sekurang-kurangnya 3.++. Dah cuku rasanya aku main main. Umur pun tak serupa perangai. Aku redha je kalau aku repeat mana mana paper semester ni kalau itu la takdir aku. Tapi harap semua ok ok aja.

Selamat bercuti buat semua warga GMI! See you in 3 weeks time! Jaga diri baik baik.
Live, laugh, forgive and forget. Life is too short to be living with regret ...

Friday, 14 December 2012

Final Exam : Day 2

Selamat pagi jumaat sahabat ku! Seperti yang di janjikan. Update untuk hari ke 2 ujian akhir semester. Hari ni tadi test Math. Hmm.. Nothing special really. Tapi yang best nya, tinggal 3 paper lagi. Lepas tu merdeka! Hip hip!

Rasanya macam takda apa la aku nak update pasal day 2 ni sebab math punya soalan. What do you expect more to it? Of kos la melibatkan pengiraan, tunggang terbalik dan seangkatan dengannya. Dimulakan dengan 30 soalan objektif dan selebihnya pengiraan sepenuh nya. Objektif tadi banyak soalan senang. Sampai ade 2 soalan tu, jawapan siap siap dah bagi kat formula sheets. Hahaha.. Kalau ade jugak yang tak boleh jawab aku tak tau la nak kata apa..

Tapi masuk je bahagian 2, aku start slow. Belek semua soalan je makan masa 2-3 minit gak. Nak usha soalan senang dulu. Nampak nya soalan bahagian 2 ni takde la dapat makan. Main hentam je. Tak tau la soalan pertama aku dah buat silap. Sepatutnya soalan tu nak pengiraan dalam cramer rules (soalan matrix). Tapi aku buat guna inverse rules. Perghh.. Nasib la 10 minit terakhir aku baca balik soalan. Kalo tak memang sia sia la semua nya. 10 minit terakhir tu jugak aku terus buat balik guna cramer rules.

Sebenarnya aku bukan terer mana pun math ni. Tapi kalau nak compare dengan math semester lepas, susah lagi yang semester lepas aku rasa. Tapi aku taknak la ambik mudah sebab aku tau math ni penting lebih lebih lagi untuk candidate yang ambik jurusan kejuruteraan. JANGAN AMBIL MUDAH!

Sebelum ambik paper tu, aku ambik masa revision lama jugak. Aku start bukak buku dari pukul 2 rasanya sampai pukul 9 pagi. Tukar shift ngan member bilik aku time pagi. Dia bangun, aku tido kejap. Sejam je! At least masuk dewan perperiksaan takde la mamai sangat! Tapi petang nya aku terus la balas dendam sampai tak sedar member masuk bilik aku dah blah pukul bape ntah since sampai dari lepas makan tengah hari. Huhuhu..

Baik la.. Pagi ni pulak aku ade test German Language 2. Harap harap la aku boleh buat dengan baik. Aku tak berapa reti sangat bahasa German ni. Tapi buat yang nak stadi kat GMI, korang kena ambik jugak paper ni walau pun tak suka. Hehee!

Viel Gluck to all GMI-ans! 

Wednesday, 12 December 2012

Final Exam : Day 1

Assalamualaikum dah selamat petang! Since isnin lepas, GMI dah start Final exam. Tapi kelas kitorang baru arini mula paper pertama. English for Specific Purposes (ESP). Perghh... Bunyi macam kelas english biasa. Tapi.. Haa.. Ada tapi k!

ESP 2 sem ni lain sikit dari ESP 1 semester lepas. Kalau last time byk tekankan soalan pasal grammatical structure, semester ni more to proposal writing melibat kan skill skill yang perlu di adun untuk membina satu proposal yang sebenar bagi tujuan pembinaan sebuah model. Apa yang pasti ESP 2 tidak akan berhenti di situ kerana setiap proposal yang kitorang buat semester ni akan direalisasikan pembinaan nya pada semester seterusnya.

Sedikit kekecewaan sebenarnya bila aku menduduki perperiksaan ni tadi. Aku impikan soalan yang lebih thrill iaitu bahagian grammatical structure. Active -> Passive yang aku nantikan sebab aku betul betul highlight part ni. And the whole time aku spend untuk stadi adalah pada bahagian ini. Yang lain aku rasa aku dah hafal sebab sebelum ni pun dah buat soalan survey, dah buat proposal. So ilmu tu melekat sikit. Tapi aku mengaku aku lemah part grammar. Boleh kata ilmu aku part grammar ni agak mengecewakan. Aku tak boleh bayangkan kalau final test paper tu 100% berkenaan dengan grammar. Memang mau meninggal aku dibuatnya. Huhu.. (Luahan hati yang jujur.. zzZZZz)

Boleh dikatakan hampir 100% soalan tadi berkenaan dengan writing skills, proposal dan yang seangkatan dengan nya. Aku tak nampak part grammar. Takda satu ayat pun yang memerlukan untuk aku men-terbalik seperti apa yang kitorang buat selalu dalam kelas. Hmmm.. Ini dah lebih kurang situasi dia dengan 'calculate the volume of the sun' jugak la bagi aku! Pui!!

Tapi takpa. Benda dah lepas. Harap dapat result yang cemerlang je la lepas ni. Amin. Tak lupa jugak aku doakan semua candidates kat GMI ni agar lulus cemerlang. In shaa Allah yah!!

Well, esok paper Math2. So kemungkinan ada entri Final Exam : Day 2  di update live dari GMI! Stay tuned! - Ayat bajet femes. Lalalala!! :) -

Friday, 7 December 2012

Sehari bersama Domino's Pizza!

Hari ni kitorang punya plan agak bizarre sikit. Mana tak nye. Since kelas dismiss, kitorang pakat nak makan pizza. Yelah. Masing masing tak makan lagi. Lepas tu terdengar pulak Domino's Pizza ade celebration yang membawak kepada 50% discount ke atas semua jenis pizza yang ada, so dengan gagah beraninya kitorang cuba call. 1st tu operator dia kata boleh dapat discount tu even ordering via phone. So kitorang hold on dulu.

Balik bilik, kumpul semua kupon yang ade, kitorang berkumpul kat cafe perempuan GMI. Kat sana sambung balik discuss pasal nak order Pizza. Time tu lepas Azan Asar. Time ni aku menggagah kan diri call balik operator Domino's. Kali ni bukan operator yang angkat call aku sebelum ni. Semua information yang aku dapat sebelum ni berubah. Operator tu kata, kalau nak 50% discount, semua order kena buat dalam online. Time ni masih tak kisah lagi sebab memang comfirm dah nak order at least 10 set regular.

Bila nya cuba order online, masalah datang satu demi satu. Nak order kena pakai hp pulak. Tau la mcm mane potensi kelembapan line internet company 'itu' kan? Sampai low batt handphone member gegerl aku. Tak putus asa lagi. Member aku sorang sanggup naik hostel bawak turun laptop dia. Kali ni try order guna laptop lak. Sama je.. Line punya problem membawak ke Azan Maghrib. zZZZzz..

Last last member aku dgn couple nya pegi kelas (sebab line internet sana laju) untuk pegi order, aku pulak balik bilik kejap sebab nak solat. Bila everything settle, kitorang gathering sekali lagi kat kelas. Time ni aku tanya la member member. Dapat tak discount 50% dari Domino's. Diorang kata terpaksa order cara biasa je sebab banyak sangat masalah bila sesi pengorderan tu. Aku memang dah agak dah sebab promosi sehari je. Lepas tu 50%. Siapa la manusia yang tak nak kan? Confirm la server website Domino's Pizza tu lag!

Tapi takpe. Walaupun tak dapat discount 50% tu, akhirnya kitorang berjaya order 3 large, 3 regular pizza! Serious memang puas hati! Sampai mulut aku rasa mengembang! Haha! Takde lebih k! Semua dah masuk dalam perut! Cuma yang tinggal hanya kotak kotak nya sahaja! So sini ada berberapa aksi ngeri dari geng geng kelas aku! Enjoy! :)







Thursday, 6 December 2012

Selamat Hari Jadi Fareed a.k.a Apek Boboi!

Hari ni hari jadi Apek. Time sibuk tengah buat assignment kat kelas, tiba tiba dia datang dengan baya sambil bawak kek dari Secret Recipe. Perghh! Dah la sebelum tu melahap Domino's Pizza, lepas tu sambut birthday pulak. Hehe.. Memang rezeki malam jumaat! Kat surau ade makan nasik lemak, pegi kelas makan pizza. Dah tu sambut birthday member makan kek lagi! Hahaha! Memang tak lama lagi memang kebulatan la semua budak budak PIC. Hehehe!!

Ini ada berberapa gambar dari aksi lagak ngeri kitorang tadi!











Tuesday, 4 December 2012

Business Senang Vs. Business Susah

Semalam aku melepak dengan 3 orang member aku. Lepas makan ayam KFC, idea nak bercerita tu makin membuak. Standard la kan? Hee.. Masing masing bukak cerita pasal nak bukak bisness.

Satu ketika dahulu!
Ini adalah topik yang aku paling suka sebab sebelum semalam lagi, aku dah sekian lamanya berfikir nak buat bisnes. Takpayah besar sangat pun. Kaedah aku senang. Ada benda, jual. Dapat modal balik, tambah lagik stok!

Saya, Nana & Mamat @ Gerai Azlan Taman Selera, Miri
Tapi aku tak nak la bisnes macam MLM ke ID ke.. Tak! Aku tak berminat! Aku suka buat bisness simple2 je! Tapi bukan mudah! Kalau nak buat bisness kat luar memang la senang kot! Jual gula pun boleh jadi billionaire kan? Tapi situasi aku ni lain. Aku masih sekolah. Masa terhad. Kena pandai bahagi masa. Itu yang perlu diambil kira!

Aku dengan pekerja import Mus!
Aku tengok sekarang bisnes paling mudah cuma satu je. Jual barang online. Setuju tak? Takpayah ada kedai, takpayah bayar sewa, takpayah bayar gaji pekerja. Telan bulat2 hasil jualan. Mcm tu yang aku nak!

Sardines
Member aku sorang idea dia boleh pakai gak. Dia kata pegi borong kain banyak2, lepas tu buat satu blog, then jual kat sana. Tak pun pegi usha je students2/TTO muslimah yang ada kat GMI ni. Muka kena tebal leather la. Duit punya pasal kan?





Pari

Aku dengan grill kesayangan

Ini bukan aksi! Ini adalah perjalanan hidupku!

Sekali sekala jadi customer apa salahnya?

We are multi-racial. Waktu sambut harijadi sahabat dari negara seberang, Indonesia!
Best! Aku suka sebenarnya buat bisness ni! Sekurang2 nya sebelum masuk FYP nanti kita dah ada experience dalam bidang entrepreneur. Masuk je kelas tu nanti komfom dapat A++ (siap ada bintang 2 ketul).

This is PIC 2 Class in GMI! The Best Class Ever Existed?

Ini sebahagian dari gambar colleagues aku. Tangkap gambar diorang time kelas Programming. Tah? Aku terpaksa mengaku. Kadang kadang colleagues aku ni best jugak! (Rujuk perkataan 'Kadang-Kadang'). Haaa! :)

Safi dan BFF dia kat hujung! Noticed tak? :)

Feer the genius!

Pito the (Please fill in the blank!)

Alahai! Kiutnye Fateh! Aum!

Tengok balik gambar atas! Highlight kat Fateh! Nampak beno posing sepesen je! Haha!

Raja posing dalam kelas! (Tengok belah dinding!)

Final Approaching! Good luck GMI-ans!

Assalamualaikum sahabat! Apa khabar? Rasanya dah lama tak luangkan masa untuk menulis perasaan di hati kat dalam blog aku ni! Hee.. Tak sure pulak aku masih ingat lagi ke tak cara nak buat karangan untuk blog aku ni. Cer try sikit?! 1+1 = 11. Oh! Boleh lagii!! :p

FINAL APPROACHES! Perghh!! Aku rasa semester ni berlalu terlalu pantas.. Adakah ini disebabkan oleh aku ni terlalu santai atau sebaliknya?! Berbeza dengan semester yang lalu, aku rasa semester lepas lagi lama. Setengah tahun aku rasa macam 15 ratus tahun je! Hmphh!!

Seketika di dalam kelas Electronics
Minggu depan final exam dah start. Exam pertama yang perlu ditempuhi = English for Specific Purposes. Next day pulak Mathematic. Lepas tu German Language, Programming in C and last day Electronic. 

Bagi aku la, semester ni subjek paling mencabar cuma ada 3 je. 3 subjek ni la yang paling aku takut. 3 subjek ni adalah Electronics (4 jam kredit), German Language (2 jam kredit) dengan Programming in C (2 jam kredit). Jangan kata subjek lain tak mencabar. Mencabar jugak! Tapi takdela sesusah 3 subjek yang aku mentioned ni. 

Contoh macam semalam. Prepare nak test Programming. Aku ambik masa lebih kurang 7 jam jugak untuk buat revision/cover semua chapter. Dari pukul 12 tgh malam sampai pukul 7 pagi aku mengadap handout Programming ni. Nampak tak logik je kan? Tapi sumpah la aku tak kan tipu korang! Takde masa la nak tipu manusia! Baik aku pegi tipu kucing liar je. 

Kalau nak compare dengan geng2 kelas aku, dorang sekurang2nya ada basic programming. Tapi aku ni lain. Kemahiran aku lebih kepada offensive direction! Haa! Aku tak kata la aku ni hebat. Tapi jangan cuba! :)

Oh ye! Aku baru ingat kata member aku. Yang buat semester lepas tu lama sangat sebab duration class dia terlalu lama. Bayangkan kelas start pukul 9 pagi lepas tu kadang boleh bantai sesi kelas sampai pukul 10 malam. Member kelas aku gerenti tau kelas apa yang aku maksudkan tu! Hahaha!! Rindu la ngan Sir Easwaran! Aina bile nak makan nasik kuning ni? Kalau jadi ko jangan risau!! Muar! Here i come!! :)


Monday, 22 October 2012

Baya!

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Arini tak banyak nak citer kat viewers sebab malam semalam adalah hari paling busy pernah berlaku dalam hidup aku. Semalam aku macam biasa. Tido pukul 9, bangun pukul 5 petang then cuci baju, mandi dan makan. Malam nya settle buat 3 report Electronic, pastu men game jap pastu baca nota pasal Photocell sebab itu la topik aku akan present harini.

Oh ya... Baya! Topik aku harini pasal Baya. Kenapa perkataan Baya yang aku mentioned untuk entri aku arini?

Gigi saya putih! Awak? :)

Cerita bermula dengan sorang member sekelas aku di beri gelaran baya. Kalau nak ikut kan nama penuh cantik je. Syafiq Afshaf. Tapi? Kenapa nama panggilan Baya? zZZzzz..

Itu salah satu persoalan. Tapi skang aku terfikir lak nape amongst colleagues aku panggil die Baya. Adekah bentuk fizikal beliau? Hmm.. Wallhualam.

Aku dapat rasa beliau kurang selesa sebenarnya. Tapi life must go on kan? Hahaha!! Layan je la Baya!! Pulak tu yang selalu gurau ngan dia ni takde la hensem mana pun. Nak kata orang yang gurau ngan dia tu kulit putih melepak tak jugak! Siryes! Malas la nak sebut nama sorang sorang. Siapa yang baca entri ni of kos tau la siapa yang aku mention kan! Hahaha!!!

K bai! Peace on earth!! :)