Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

Monday, 29 October 2012

Badminton Di Pro Shuttle Balakong, Cheras! Best And Awesome!

Cuti Raya Qurban ni tadi macam biasa. Balik Cheras k! Takkan la nak stay hostel sorang sorang layan blues kan? Hehehe!! Selalunya kalau aku balik Cheras, takda lain la kerja aku selain, bukak laptop, baca artikel artikel lama yang aku ingin nak tau, bukak fb, check email, check movie baru, tengok tv dan main game!

Tapi berbeza pulak dengan kali ni. Aku dah start join anak buah main badminton! Perghhh! Terbaik. At least takde la aku sakit badan duduk sehari hari ngadap laptop kan? Aku suka gak main badminton. Time kat kampung dulu tiap tiap hari gak main. Main sampai lupa nak balik rumah! Hahaha!!

Dekat cheras, aku main kat court Pro Shuttle dekat area Balakong. Tempat dia macam biasa la. Sebelah ada court futsal. Turf dia lain sikit dari tempat aku selalu main. Kat sana, turf dia guna rubber grass. Nak cerita sikit pasal court Pro Shuttle ni. Court dia ada 3 row. Dalam satu row ada 6 arena. Maksudnya semua sekali ada 18 arena.. Court ni jugak tempat banyak pelapis Malaysia berlatih. Dari yang junior sampai yang senior training kat sini.

Boleh kata banyak jugak player handalan Malaysia pernah training kat sana. Itu berdasarkan tandatangan yang aku nampak kat main entrance court tu. Siryes aku katakan, aku kenal signature Kim Hock je! Warghh karghh karghh!!

3 hari aku stay kat Cheras, tiap malam tu jugak aku pergi Pro Shuttle. Enjoy! Walaupun 1st day main smash smash buat tangan aku kebas, tapi the next day aku main gak! Semangat mau ada bro!! :)



Saturday, 20 October 2012

Penangan Ayam Penyet OMG

Kepada korang yang minat makan ayam penyet, di sini aku nak promote sikit tentang salah satu stall ayam penyet yang aku (dan rakan rakan lain) rasa sungguh sedap a.k.a baik punya. Mana tak nya. Boleh dikatakan muka kitorang je yang pegi sana tak kira siang atau malam. Hahaha..

Kisah bermula dari salah seorang classmate aku yg komplen makanan kat bistro tempat kitorang belajar dah tak best. Pendek kata dah muak. Balik balik ayam, balik balik telur. Sape tak bosan kan. So alternatif lain kena la makan kat luar. Mula mula aku heran jugak kenapa la budak kelas aku asyik makan ayam penyet? So nak mulakan cerita aku join la diorang pegi satu stall yang boleh kata unik jugak la nama nya.. Nama stall tu Ayam Penyet OMG! OMG ni singkatan untuk 'OK! Mantap Gila'. Hahaha.. Pelik kan? Tapi mcm tu la korang kena bagitau kat makcik yang sediakan sambal ayam penyet tu. Kenape? Sebab tahap kepedasan sambal ayam penyet di sini terletak di tangan pelanggan.

Contoh : 

Level OK (Kurang pedas)
Level Mantap (Pedas tahap boleh ditelan)
Level Gila (Telan je la selagi mampu)

Hahaha.. Unik kan? 

Stall ni kalau nak carik mungkin susah sikit. Tapi kalau korang tau gelanggang futsal/badminton yang dipanggil VROX Sport Center, kat situ la stall dia. Lain lain cara untuk tau tempat ni, korang boleh cari nama restoran Tupai Tupai. Sekiranya korang jumpa restoran tu, stall Ayam Penyet OMG! ni betul betul di seberang jalan je.

Sebarang details tentang stall Ayam Penyet OMG! ni korang boleh bukak page Facebook diorang kat sini : Ayam Penyet OMG!