Wednesday, 12 December 2012

Final Exam : Day 1

Assalamualaikum dah selamat petang! Since isnin lepas, GMI dah start Final exam. Tapi kelas kitorang baru arini mula paper pertama. English for Specific Purposes (ESP). Perghh... Bunyi macam kelas english biasa. Tapi.. Haa.. Ada tapi k!

ESP 2 sem ni lain sikit dari ESP 1 semester lepas. Kalau last time byk tekankan soalan pasal grammatical structure, semester ni more to proposal writing melibat kan skill skill yang perlu di adun untuk membina satu proposal yang sebenar bagi tujuan pembinaan sebuah model. Apa yang pasti ESP 2 tidak akan berhenti di situ kerana setiap proposal yang kitorang buat semester ni akan direalisasikan pembinaan nya pada semester seterusnya.

Sedikit kekecewaan sebenarnya bila aku menduduki perperiksaan ni tadi. Aku impikan soalan yang lebih thrill iaitu bahagian grammatical structure. Active -> Passive yang aku nantikan sebab aku betul betul highlight part ni. And the whole time aku spend untuk stadi adalah pada bahagian ini. Yang lain aku rasa aku dah hafal sebab sebelum ni pun dah buat soalan survey, dah buat proposal. So ilmu tu melekat sikit. Tapi aku mengaku aku lemah part grammar. Boleh kata ilmu aku part grammar ni agak mengecewakan. Aku tak boleh bayangkan kalau final test paper tu 100% berkenaan dengan grammar. Memang mau meninggal aku dibuatnya. Huhu.. (Luahan hati yang jujur.. zzZZZz)

Boleh dikatakan hampir 100% soalan tadi berkenaan dengan writing skills, proposal dan yang seangkatan dengan nya. Aku tak nampak part grammar. Takda satu ayat pun yang memerlukan untuk aku men-terbalik seperti apa yang kitorang buat selalu dalam kelas. Hmmm.. Ini dah lebih kurang situasi dia dengan 'calculate the volume of the sun' jugak la bagi aku! Pui!!

Tapi takpa. Benda dah lepas. Harap dapat result yang cemerlang je la lepas ni. Amin. Tak lupa jugak aku doakan semua candidates kat GMI ni agar lulus cemerlang. In shaa Allah yah!!

Well, esok paper Math2. So kemungkinan ada entri Final Exam : Day 2  di update live dari GMI! Stay tuned! - Ayat bajet femes. Lalalala!! :) -

No comments: