Saturday, 23 February 2013

Tutorial : File Bertukar Menjadi Shortcuts?

Pernahkah situasi mcm ni berlaku kat korang? Cucuk pendrive kat laptop member. Ingat nak ambik file dari laptop dia. Tapi last last sume file asal dalam pendrive corrupted? Bayangkan, esok hari deadline untuk submit assignment/report, tetiba lak malam tu jugak masalah ni timbul kat korang? Hehehe.. Jangan kata korang tak berbulu la.. Konfem masing masing tukar jd Hulk kan? So untuk ruangan tutorial bulan ni, aku akan kongsi sikit pengalaman yang aku sendiri pernah alami satu ketika dahulu.

Sebelum tu aku nak buat introduction sikit pasal penyakit file turned into shortcut ni. Untuk pengetahuan korang semua, sekiranya file dari pendrive anda bertukar menjadi shortcut adalah disebabkan oleh trojan yang diberi nama Fakerica. Ia adalah sebuah trojan yang telah berjaya di kesan oleh perisian yang dihasilkan oleh Webroot. Tapi apa yang aku perhatikan dari situasi ni, serangan seperti ini tidak akan merosakkan file asal tetapi ianya akan membuat satu salinan (Shortcut .lnk) dari file asal.

Perubahan terhadap sebuah file itu dapat dilihat apabila korang check kat properties untuk setiap file yang telah di tukar menjadi shortcut. Pada target file yang korang tengok, jelas terlihat bahawa file tersebut telah ditukar destinasi asal atau operasi nya.

Untuk situasi seperti ini aku ada satu kaedah yang boleh di praktik sendiri tanpa membeli mana mana aplikasi ataupun men-download aplikasi yang boleh memusnahkan trojan tersebut. Bagi pendapat aku, dengan kaedah yang aku akan kongsi dalam tutorial ni jauh lebih mudah dan sedikit sebanyak boleh membantu sesiapa saja yang melanggan broadband (selamatkan bandwith quota korang) dan juga masa.

Untuk tutorial ini, aku tidak mengesyorkan korang untuk terus format pendrive yang telah dijangkiti trojan fakerica ni sebab, walaupun file korang dah bertukar, akan tetapi, file original masih ada di dalam pendrive korang tu. Cuma trojan ni dah alter 'sikit' kat file korang dan hide dlm satu encrypted extension.

Langkah pertama : Tekan button Start > Run > Taip Cmd > Klik ok.

Langkah kedua : Kenalpasti destinasi Pendrive/thumbdrive/flashdrive korang dekat My Computer (Contoh : A:, B:, D: dan sebagainya). Rujuk gambar di bawah. Untuk situasi aku, destinasi pendrive aku adalah 'H:'


Balik semula kepada paparan Command Prompt korang.


 Sekiranya paparan yang tertera di dalam command prompt dilihat seperti di atas, korang perlu tukar destinasi target terlebih dahulu. Maksudnya, dalam paparan di atas korang nampak C:\Windows\System32. Korang perlu tukar mengikut di mana destinasi pendrive korang. Contohnya untuk situasi aku sebelum ni, destinasi pendrive aku adalah H:. Jadi aku perlu menaip H: pada command prompt sebelum memulakan proses selanjut nya.


 Untuk paparan di atas, aku telah menukar destinasi asal dan proses akan mula memberi tumpuan kepada destinasi H: iaitu pendrive aku.

Langkah seterusnya : Korang perlu masukkan command (attrib -h -r -s /s /d g:\*.*)

Nota : Tukarkan huruf g kepada destinasi pendrive korang.

Untuk situasi aku, aku perlu menukar (attrib -h -r -s /s /d g:\*.*) kepada (attrib -h -r -s /s /d H:\*.*)

Setelah selesai memasukkan huruf destinasi pendrive korang, korang hanya perlu tekan enter.

Kembali ke folder pendrive korang. Aku yakin selepas memasukkan commands di atas, fail yang telah ditukar menjadi shortcut, akan bertukar ke bentuk asal.

Peringatan : Aku mengesyorkan supaya korang buang terlebih dahulu file yang telah ditukar ke bentuk shortcut bagi mengelakkan kekeliruan antara file shortcut dan file asal.

Sekian dan setakat itu sahaja tutorial aku untuk kali ini.

Selamat mencuba. :)

No comments: