Assalamualaikum buat followers blog cabuk aku. Petang semalam (12/2/2013), aku dikejut kan dengan berita yang menyedihkan. Bro jejai a.k.a Azhar Ramli telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:30 petang akibat penyakit kanser yang telah lama dihidapi oleh beliau.
Terlalu banyak kenangan antara kami berdua lebih lebih lagi hubungan di laman sosial kerana aku menganggap bro jejai ni memang manusia yang berpengaruh dalam dunia blogging dan beliau adalah seorang yang berpengalaman. Disebab kan oleh beliau juga aku bercadang untuk mengolah satu blog sendiri dan ingin bersaing secara sihat dengan beliau.
Entri blog yang di tulis oleh beliau jarang bercerita mengenai diri nya sendiri malah beliau rajin menulis perkara yang diselit dengan info info semasa. Berbeza dengan enthusiasm aku kerana aku lebih suka menulis tentang diri sendiri dan itulah yang membezakan kualiti penulisan aku dan arwah.
Aku juga pernah berkolaborasi dalam satu entri yang pernah di tulis oleh beliau berkenaan dengan tempat riadah yang bakal di buka di tanah air kami di Miri. Bukan itu sahaja. Arwah adalah salah seorang blogger yang amat aktif dalam aktiviti yang dikelola oleh Nuffnang dengan menyertai pelbagai peraduan. Aku masih ingat lagi arwah sanggup memakai pakaian berwarna pink dan kepala diselubungi dengan tuala yang berwarna pink. Arwah memang seorang yang amat ceria dah kelakar.
Kami sering berkongsi berita kerana walaupun kami sama sekampung, tetapi laut terbentang luas yang memisahkan kami kerana beliau menetap di semenanjung manakala aku sendiri di laut china selatan. Buat pengetahuan kalian, 11 haribulan Febuari adalah hari ulang tahun beliau. Namun beliau telah dijemput Allah pada keesokan harinya selepas sehari menyambut ulang tahun.
Banyak kenangan yang boleh membuatkan aku rasa sedih bila di kenang kembali namun itu semua sudah tentu atas urusan arwah dengan Allah yang Satu. Mungkin Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat arwah. Allah lebih menyayangi umat Nya.
Dengan ini aku mengambil kesempatan untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan orang2 yang beriman. Amin.
Dunia blogging tak akan sama seperti selalu dan aku pasti rakan rakan arwah akan sentiasa merindui arwah. Al-Fatihah!
Selamat Tinggal Teratakarmo! Bagi aku kitak adalah seorang lagenda dalam dunia blog! Banyak benda aku nak belajar dari kitak, tapi semua ya sik berkesampaian. :'(
No comments:
Post a Comment