La ni opah sebelah rumah aku pun gian tau nak download ebooks cara nak buat cupcake. Apetah korang yang berdarah muda ni. Warghh karghh karghh!!
Baiklah.. Sebelum itu aku nak cerita sikit. Kebanyakan ISP (Internet Service Provider) yang ada di Malaysia ni telah menyekat aktiviti muat turun kerana melihat pelbagai aspek negatif yang akan/bakal berlaku. Tak perlu la nak di jelas kan mengapa eh.. Cukup jika aku andaikan bila ko beli air cola sebotol pastu member ko ade 5 orang mintak pastu bagi ko botol kosong je. Warghh karghh karghh karrgghh..
Ok. Ini ada sebahagian website yang telah disekat di Malaysia..
- Megaupload - Sekarang dah pupus sebab owner dia kena tangkap Ef Bi Ai!
- Megavideo - Kurang femos
- filestube.com - Boleh kira femos jugak
- fileserve - Boleh la..
- putocker.com - Aku tak pernah dengar pun. zZZZzz...
- thepiratebay.org - Yang ini tersangat femos!!! Sumpah!!
- depositfiles.com - Femos tapi leceh sbb tak boleh buat parallel download
- movie2k.to - Tak pernah pakai lagi
- duckload.com - Pun tak pernah. Mungkin web ni untuk itik2 yang nakal je kot?
- warez-bb.org - Femos jugak satu ketika dulu. Lebih kurang mcm 9down.com
- dan banyak lagi!
Baiklah tutorial kita akan bermula di sini.
Seperti yang telah di-mention sebelum ni, ISP di Malaysia adalah Ti-eM/Un1f1, C3lc0m, M4x15, D1g1, UM0b1l3, Y3s! dan mungkin ada lagi underground brand. Siapa yang peduli kan? Motif aku kat sini tadi nak sebut senarai ISP je. Kehkehkeh...
Untuk pengguna OS (Operating System) Windows XP atau Vista atau 7, kerja anda akan mudah kerana, aku akan jelaskan langkah2 menggunakan paparan Windows 7.
Kes 1 - Best2 anda tengah surfing, pastu jumpa lak link download yg sememangnya korang nak sangat download, so korang click la pautan tu. Tapi tiba2, keluar paparan mcm ni.
Sambung balik.. Sebaik saje nampak paparan ni, jangan risau, jangan nervous atau pun jangan marah dengan jiran sebelah rumah yang tengah membelai mesra suami mereka kerana sudah tentu mereka tak tau.. Oleh itu, korang boleh pergi ke taskbar yang menunjukkan signal wifi,
Haa.. Ini yang aku maksudkan.
Click sekali kat icon tu, dan right click pada connection yang korang tengah connect. Contohnya..
Korang akan nampak option Disconnect, Status, Properties. So, korang pegi click kat option Status tu dan operasi seterusnya akan membawa anda ke paparan seperti di bawah.
Haa... Di sini bermulanya kerja menggodam berlaku. Untuk newbies (noob), dorang akan rasa dorang adalah hackers buat seketika. Tapi orang mcm saya, saya cuma anggap ni sebagai tweaking procedures je. Ekekeke.. Nampak tak? :p
Okeh. Setelah korang sampai kat sini, click pada button Properties untuk melihat bahagian yang anda perlu 'tweak' bagi membolehkan anda membuat aktiviti memuat turun dengan cemerlang dan gemilang dan terbilang.
Untuk paparan seterusnya, korang akan nampak Wireless Network Connection terpapar seperti di atas. Langkah yang seterusnya, click kat Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4), dan anda akan nampak button Properties activated dari greyed out sebelumnya. Korang click kat button Properties tersebut dan paparan seterusnya sepatutnya akan keluar mcm ni.
Yes! Ini adalah yang aku maksudkan! Rahsia yang anda cari2 sebelum ni akan didedah kan semuanya di sini!
Ok! Sekarang ni apa yang korang perlu lakukan simple je. Isi tempat kosong, sama macam kite ambik final paper soalan objektif je. Nampak tak perkataan Obtain DNS server address automatically tu? Yang kat belah bawah. Now korang perlu click pulak option yang kat bawah (Use the following DNS server addresses). Lepas je click kat sana, masukkan value untuk :
Preffered DNS server : 8.8.8.8
Alternate DNS server : 8.8.4.4
Contoh :
And now click ok and you're done! Tutorial ini tamat di sini!
Selamat memuat turun!
Peringatan : Tutorial ini adalah untuk tujuan pembelajaran. Segala aktiviti yang dilakukan oleh pembaca tidak akan di tanggung oleh penulis! Sekiranya korang suka akan sesuatu yang korang dapat, aku syorkan korang beli je la! Tak mahal pun. Contohnya barangan Adobe Photoshop harga dlm 4 angka 'JER'!
:)
No comments:
Post a Comment