Saturday, 20 October 2012

Rockaway : Soulfly Live In Malaysia Vs Kambing Golek!



Akan tetapi entri ni langsung takde kene mengene ngan Soulfly mahupun Max Cavalera mahupun Rockaway mahupun nenek kepada produser Soulfly tersebut..

Aku sekarang dalam keadaan mood yang agak lain sikit sebab satu je.. Jasad ku berada di GMI dengan sempurna. Yang buat aku tak sempurna fikiran aku dari tgh hari tadi kat event Rockaway! Arghhh!!! Sumpah aku tertekan! Boleh pulak member aku msg bagitau ade satu booth kat event tu ade bagi tiket free. Mcm mane nak dapat tiket free? Simple giler! Just fill in satu borang ape ntah pastu dorang bagi tiket mcm tu je!

ARRGHHHHH!!!!! Sangat tertekan sampai team kesayangan aku (Liverpool) tengah main skarang ni pun aku malas nak tengok! (Memang tak dpt tengok pun sbb kat bistro skang ni comfirm majority tengah layan final Piala Malaysia Kelantan - ATM).

Pulak tu member aku msg tadi geng dari tempat lahir aku (Miri) ade kat sini (Soulfly punya pasal semua jadi wajib hadir!).

Peristiwa petang tadi, ade la sorang member aku ni ajak makan sebab lapar katanya.. So aku join la dia g makan sebab aku pun tak makan lagi. Nama member aku ni boleh kire rare jugak la sebab sebelum ni takde pun member aku diberi nama Pito. So aku ngan die ditemani oleh member sorang gik Arif lepak bistro. Mula mula cer try g bistro perempuan. Apa yg best kat bistro perempuan? Makanan kat sana murah giler! Aku pernah order teh o ais pas tu ambik nasik putih, ayam merah, ayam kicap, nugget 4 keping, sayur kangkung = RM3.50 SAHAJA! SUMPAH AKU TAK MENIPU!

Berbalik kepada cerita kitorang tadi, sesampai je kat bistro perempuan, dengan perasaan girang gembira kitorang tanya la kat abang kat bistro tu. Makanan ade tak? Dengan selamba nya abang tu g tau makanan dah takde.. Ok takpe.. Boleh terima lagi part tu. Memang ngam gak la kalau dia jwb mcm tu. Abis tu jam pukul 4 mesti la semua dah habis. Sape suruh bangun akhir kan?

Akhirnya dalam keadaan terpaksa, kitorang pegi gak bistro laki. Aku sebenarnya x suka sangat mkn kat sana sebab mahal! Siryes.. Sesampai je kat bistro laki, makan diorang pun lebih kurang je. Tinggal sisa sisa. Part ni dah start dah nak menyirap. Aku dah mula malas nak order. Tapi member aku 2 orang ni dah macam dah tak boleh tahan. Aku tengok diorang tengah ambik pinggan pastu pilih lauk, so aku join je la..

Hmm.. Menu ape yang aku makan arini? Tempe sambal, cebisan ayam (sisa-sisa) masak kurma, kuah sambal terung ngan telur rebus sambal. Layan je la.. Aku boleh siap buat muka marah ngan kakak cashier td. Aku g tau kat die "Ni je yg ade kak. Layan je la". Hahaha.. Mungkin die kesian kat aku dia bagi lauk aku tu harge RM2.80. 1st time aku dapat harga  mcm tu sebenarnya! Siryes!

Time tengah makan tu mata dan hidung  aku macam dipanggil oleh sesuatu yang menarik tapi 'Rare'. Ape nye? Haaa!! Part ni yang membezakan aku dengan puak puak yang pergi konsert Soulfly tu! Diorang layan konsert Rockaway sambil tunggu Soulfly kan? Aku pulak tengah layan perasaan sambil makan nasik dengan permandangan di mana ade sorang brader tengah panggang kambing!! Haa!! 1st time aku tengok orang panggang kambing kat dalam GMI! Sumpah aku tak tipu, sepanjang aku kat bistro, mata aku x boleh bergerak lama kat tempat lain. Aku fokus tengok kambing panggang! Wargh karghh karghh karghh.. Padahal aku tak makan pun kambing! Siryes aku tak makan! Ntah la.. Tapi cara dia panggang tu memang awesome!

Lepas aku settle buat perut kenyang, aku pegi jumpa brader yang panggang kambing tu. Aku tanya kambing ni untuk siapa. Dgn selamber je dia kata ntah?! zZZZz.. Brader tu kata dia cuma tolong panggang je. Ada orang yg tempah. Ntah la kenapa aku boleh pulak interview dia. Aku tanya sekor kambing ni makan masa berapa jam nak masak. Brader tu kata lebih kurang 3 jam gak. Hmm..

Aku suruh member aku (Pito) ambik gambar! Boleh pulak dia kata tanak. Cis.. Mcm la aku suruh dia yg bergambar dgn kambing! Last last aku ambik sendiri je la! Sumpah bentuk badan kambing panggang tu mcm awesome! Tak tau lak rasa dia mcm mana sbb aku memang tak makan kambing! Warghh karghh karghh karghhh!!!!


Kesimpulan cerita ni : Aku tertekan sebab tak boleh tengok brader aku (Max Cavalera) perform kat Malaysia! Bangi - Sepang tak jauh mana pun. Tapi... :|

No comments: