Alhamdulillah! Syukur kepada Allah S.W.T kerana atas izinNya aku masih lagi bernyawa pada hari ini! Buat pengetahuan korang semua, harini birthday aku! Aku rasa sungguh berbangga sebab takde sorang pun yang berjaya ucapkan perkataan 'Happy Birthday' kat aku (kecuali anak buah aku semalam. Ntah la mcm mana dia tau pun aku x pasti). :)
Aku bukan apa.. Aku tak sure la siapa sebenarnya orang pertama kat muka bumi ni buat sambutan/meraikan/menganjur benda alah tu. Happy birthday to you!! Happy birthday to you!!! Hahahaha!! Korang tau ke siapa yang cipta lagu tu? Sumpah sampai sekarang aku tak tau siapa!
Semalam sebelum aku nak gerak g hostel, aku masih melepak kat rumah cousin aku kat Cheras. Tetiba tengah lepak, family kazen aku balik dari KLCC. So mcm biasa la.. Layan tv tengok Everton lawan team kesayanganku!
Tengah anak buah aku punggah barang, dia datang kat aku, bagi sebungkus plastik logo Quiksilver dan bagitau 'Usu, tok selipar k kitak. Esok birthday kitak kan?' Waktu tu aku tergamam! Cemane lak anak buah aku ni tau birthday aku eh? (For ur information, aku tutup semua notification yang ada kaitan dengan birthday announcement kat semua profile facebook, twitter dan sebagainya) so that takda sorang pun boleh tau! Kah kah kah kah!!
So di sini aku nak berterima kasih la kat family cousin aku sebab layan aku dengan sangat baik! (Terlampau baik sangat kot!). Kadang kadang tu rasa tak selesa jugak sebab kita ni niat satu je, cuma nak menumpang. Tapi dalam menumpang tu memang macam macam yang aku dapat. Sumpah serious aku nak katakan. Kadang kadang aku rasa malu, segan sangat sangat bila nak balik Cheras.
Kes pertama : Sebelum ni, aku pernah di beri Laptop baru. Time baru sampai tanah semenanjung.. Waktu tu aku rasa sangat serba salah. Cousin aku main trick kat aku. Dia ajak aku g Jusco area cheras, bawak pegi kedai pc, pura pura tanya laptop mana yang best. Lepas aku explain laptop yg ok, cousin aku terus decide nak beli. Aku tak kisah la sangat. Mungkin laptop tu pakai dia buat kerja kot. Tiba tiba dia tarik aku, bagitau laptop tu untuk aku! WAKTU TU JANTUNG AKU DAH JATUH KE LUTUT KORANG TAU TAK????!!!!
Kes kedua : Time puasa yang lalu, aku plan tak nak balik Miri sebab tiket dah start mahal. Bayangkan dari KL ke Miri je harga tiket cecah RM7++. Balik dari Miri ke KL pun sama. So return = RM15++. Orang gila mana la sanggup nak balik kalau harga mahal mcm tu kan? Tapi cousin aku belikan jugak utk aku. Aku rasa sebak, rasa nak menangis je time tu! Masih ada lagi manusia macam ni kan? Dah tu time dorang shopping kat Jakel, diorang belikan aku satu set baju melayu.. Aduhlaa... Aku rasa aku bukan diam dalam bumi. Aku mungkin diam dalam sangkar emas kot?!
Sekarang ni aku dah bagi masa bila aku akan balik Cheras dan bila aku tanak balik! Selalunya kalau anak buah aku tanya samada aku balik Cheras, aku akan fikir dulu. Kadang kadang aku bagi alasan ada assignment, exam dan macam macam lagi alasan supaya aku nampak busy.
Insyallah, kalau umur aku panjang, masa depan aku cemerlang, gemilang, aku akan cuba untuk tolong apa yang termampu kat family diorang! Akhir kata, semoga Allah limpahkan rezeki yang lebih lagi dari hari ini buat keluarga di Cheras! Amin..
Nak tengok kek harijadi aku? Hahaha!! Khas dari Bisou Bake Shop! :)
No comments:
Post a Comment