Friday 1 March 2013

Warning : Tolong Jangan Kaitkan Nama Allah Dengan Agenda Politik!


Politik itu hanya agenda ciptaan manusia. Bukan Allah yang suruh kita fokus kat benda tu sume. Dia nak kita ade pemimpin yang berdakwah dan ikut landasan Islam je. Cukup la setakat tu. Politik tu manusia yang buat dier. Bukan Allah. So jangan la main main kat nama Allah! Tolong la! Orang Islam sekarang dah pelik sangat la! Ilmu ada depan mata sila ambik dan guna sebaik baiknya!

Ok lah! Nak kata aku ni berminat sangat kat agenda politik ni memang la aku kata tak! Politik ni senang je nak nilai. Tapi sekarang orang suka tengok sebelah pihak je. Logik ke macam tu? Kalau betul nak berbincang pasal politik, tengok dua dua belah pihak dulu. Aku tak rasa satu pihak tu 100% benar. Not even our current government capable to do so!

Satu pulak hal. Boleh ke kata parti ni 100% benar dan parti lain tu 100% salah? Come on la! Kita ni cuma manusia biasa la! Pernah ke ada wujud manusia kat muka bumi ni 100% sempurna! Takda la! Aduh! Sampai bila kita sanggup diselubungi rasa benci sesama manusia ni? It's ok la kalau ada antara korang kata aku ni takda pendirian!

Yes! aku mengaku seorang nomad (hidup pindah randah) since 6 years till now and i do living in a different side of pemerintah. Aku pernah hidup bawah pemerintahan BN satu ketika dulu. Bila aku balik kampung halaman, aku hidup bawah pemerintahan DAP. Dan sekarang, Alhamdulillah aku masih hidup di bawah pemerintahan PAS bila sampai di tanah semenanjung. Semua nya ok lah!! Aku rasa takda masalah pun benda ni semua. Yang buat tak ok tu agenda manifesto yang di jual dengan kata kata oleh tiap tiap individu. Masing masing nak menang kan?

Ni part paling aku benci sekali bila nak bincang pasal politik ni. Bila nak pancing undi sebelum PRU, macam macam manifesto di lemparkan supaya rakyat bukak sekejap mata. Janji macam macam bagai nak rak. Kalau boleh nak janji bagi satu planet bumi ni kat rakyat. Tapi bila dah menang lupa pulak janji diorang ni kat rakyat yang sokong diorang. Takpayah nak kata siapa punya angkara! BN ka PAS ka DAP ka, semua sama ja. Satu kata 'Janji Ditepati', satu kata 'Ubah', satu lagi kata 'Demi Rakyat'. Alahai.. Smoke screen ja tu semua. Kalau berani buktikan la! Jangan main janji ja!

Weh! Pesanan akhir dari aku. Makan nasik cicah kicap ngan ikan bilis lagi best la! Apa sangat la nak serius nak mampus dengan politik ni?



Ingat Umat Islam Semua. Allah Itu Maha Besar Dan Maha Kaya. Allahuakbar!

No comments: