Pernahkah korang mengalami situasi di mana file penting di dalam hard disk korang tiba tiba hilang atau gagal dikesan atau di delete oleh anti virus? Sudah tentu korang pernah mengalami situasi ini kan? So dalam ruangan free tutorial kali ini, aku nak kongsi pengalaman yang pernah aku lalui iaitu 'Kehilangan'.
Untuk tutorial kali ini, aku nak memperkenalkan satu perisian yang di beri nama
Recuva. Recuva adalah satu perisian yang boleh menjumpai semula file yang telah secara tidak sengaja di delete oleh anti virus.
Kebiasaannya setiap file yang telah terdelete adalah bergantung kepada dua keadan iaitu atas kecuaian kita (tertekan butang delete) atau perisian anti virus mengesahkan bahawa file tu ada unsur unsur kejahatan (trojan, malicious attack, dsb).
Bagi situasi aku sebelum ini, patch bagi game PES 2013 aku (version 3.2) secara tidak tersengaja telah di delete oleh anti virus aku kerana di khuatiri tidak selamat. Patch tersebut mengandungi program yang di kenali sebagai .PUP Patch yang tidak menggugat keselamatan seluruh sistem komputer tetapi disebabkan oleh anti virus aku memang dah siap di setting dalam keadaan very high secure, ia telah mendelete file tanpa banyak tanya.
Dengan menggunakan Recuva, aku berjaya mendapat semula file yang telah di padam walaupun dasarnya anti virus aku telah di setting sebagai 'delete detected file as permanent'.
Langkah 1 : Muat turun perisian di laman rasmi Recuva di
sini.
Langkah 2 : Setelah siap muat turun, install di dalam sistem seperti biasa.
Langkah 3 : Setelah siap, korang akan lihat paparan seperti di bawah
Langkah 4 : Tekan button next untuk paparan seterusnya. Korang akan dapati paparan seperti di bawah.
Langkah 5 : Sekiranya korang tak pasti file yang perlu di cari, pilih button Other dan tekan next.
Langkah 6 : Paparan seterusnya sepatutnya akan seperti ini.
Langkah 7 : Pilih lokasi terakhir di mana file yang telah hilang. Sekiranya masih tak tau lagi, tekan button I'm Not Sure.
Langkah 8 : Paparan terakhir seharusnya seperti ini.
Pilih button Enable Deep Scan sekiranya file yang telah di delete adalah terlalu sensitif. Sekiranya file yang ingin di cari adalah file yang ringan atau biasa biasa sahaja, proceed ke button start.
Selamat mencuba!