Thursday 8 January 2015

Auf Wiedersehen German-Malaysian Institute. My 2015 - A New Year As An Old Human

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat tahun baru sahabat bloggers semua! 

Tak sangka. Lama betul dah aku menginap di planet bumi ni. Syukur Alhamdulillah. 

KehendakNya jua. 

Lately memang susah betul nak luangkan masa bermadah di blog. Alhamdulillah.. Akhirnya aku telah tamat pengajian selama 3 tahun di GMI. Tak sangka. Sebenarnya waktu sem 1 aku pernah fikir, macam mana agaknya bila menempuh dunia FYP. Memang/Confirm/Sah apa yg di buat tak kan jadi. Macam2 lagi la yang terlintas di fikiran.

Syukur. 

Aku ingat lagi time group kitorang buat External Demonstration with a group of  industrial companies yang ternama, waktu tu aku sebenarnya nak menangis bila mendapat sedikit pujian (banyaknya advice untuk future purposes dari pujian sebenarnya) dari local engineer, doktor (Lecturer) dari UTeM dan H&R Manager dari Continental Sime Tyre. Penat lelah mengharungi semester akhir memang menyeronokkan sebenarnya. 

Seminggu sebelum Internal Demonstration memang tegang gila. Masing masing dalam dunia sendiri. Aku ingat lagi minggu tu jugak aku bertanya kat HOS IE. Aku plan tak nak cat plant. Biar macam tu je. Kalau nak cat biar waktu External. HOS rilek je kata, kalau ada masa cat, kalau takda, takpe la. And then malam terakhir sebelum internal, HOD pulak lepak kat group aku. Time tu aku ingat lagi. Tengah duduk, depan panel, buat wiring. Wire memang bersepah, 

Acah2 HOD bagi nasihat dengan menggunakan perkataan 'Kalau' yang terlalu kerap dalam perbualan.  Kalau tukar ke bahasa pasar : Der. kalau plant lu ni x jadi, rilek la. Nanti wa bagi markah tak jadi jugak la. Apa da hal kan? 

Keesokkan harinya : Miracle happen depan HOD - HOS dan 3 panel verifiers yg lain. Plant run smoothly, plant memang semua siap kena cat, plant boleh produce product. Agaknya apa yang berlaku waktu Question and Answer session? Malas nak kata apa. Manusia macam aku ni memang suka di puji! Hahahaha!! Semua orang suka di puji. Betul? 

Aku takkan lupa pengorbanan member2 group aku. Masing2 kerja keras, advise datang dari HOS (Head of Section) memang aku guna betul betul. Kalau takda dia, aku tak tau apa yg bakal berlaku kat group aku ni. Aku sebenarnya bukan reti sangat buat wiring. 

Pernah sekali aku mengalami situasi di mana aku memang benar2 jammed. Otak tak boleh pergi. Tenung plant, tenung panel macam orang mati bini. Betul betul berlaku bro. Engineers je yang faham perasaan macam tu rasanya.

So sini aku nak belanja sikit rupa bentuk plant FYP kitorang. 

Sebelum

Selepas



Wajah 'External Presentation'


Punca sebenar hilang sense of humor sekeliling alam

Sehari sebelum Internal Presentation

Sehari sebelum Internal Presentation (Sejam Sebelum)

Sehari sebelum Internal Presentation (Sejam Selepas)

Wajah 'Internal Presentation'

Saya selaku 'Abang Karen'

External Presentation (The Moment, The Truth)
Massecuite Production Pilot Plant nama diberi. Apa itu Massecuite? Encik/Makcik boleh lah google untuk keterangan lebih lanjut ye.

No comments: