Tuesday, 30 October 2012

Free Tutorial : Belajar Hack WiFi (WEP Encryption)

Amaran : Entri yang dipaparkan di bawah adalah untuk tujuan pelajaran. Segala aktiviti yang dilakukan oleh pembaca tidak akan ditanggung oleh penulis! 



 

Baik lah! Entri ini request dari kawan aku. Last last aku rasa aku harus kongsi ilmu yang aku tau (sedikit) tekni teknik untuk h4c|< w1f1 (untuk tujuan education!).

So untuk sesi tutorial ni, aku nak ajar basic/simple h4c|<1ng method yang aku tau. Sebelum ni aku pun macam korang. Banyak tanya ngan mahaguru mahaguru yang dikenali. Tapi banyak yang ajar pun macam malas dan sanggup setakat bagi tutorial je. Kesimpulannya aku terpaksa jugak belajar sendiri. Kesian kan? :(

Aku takkan banyak buang masa untuk cerita pasal apa operasi yang melibatkan command command yang ada dan perlu untuk di taip sebab rasanya teknik yang aku ajar ni tak banyak pun nak taip macam macam. Lagipun tutorial ni cuma perlukan berberapa jenis sofware je. Antaranya adalah OS Beini (Tiny OS developed by BackTrack versi 7), VMWare Workstation 8, sebuah laptop/desktop (tak kisah la mahal ke murah) dan sebijik Wifi Booster (Aku rekomen korang guna yang murah ja!) yang boleh didapati di laman web seperti lelong.com.my.

Baiklah tutorial bermula dari sini :

Tips pertama : Install Vmware Workstation terlebih dahulu. Pastikan proses menginstall tidak tergangu dan telah di install sepenuhnya.

Tips kedua : Pastikan anda telah mempunyai OS Beini (aku rekomen dalam bentuk .iso untuk tujuan memudahkan proses booting melalui Vmware nanti).  Pautan untuk mendapatkan os tersebut ada di atas. Cuma perlu klik pada perkataan OS Beini yang tertera di perenggan ketiga.

Tips ketiga : Tidak semua laptop/desktop mempunyai LAN card yang boleh digunakan untuk melalui proses di atas. Oleh itu, anda di syorkan untuk mendapatkan USB Wireless LAN card yang boleh didapati di kedai ataupun melalui laman web lelong.com.my (klik pautan Wifi Booster di atas untuk terus ke laman Lelong.com.my.

Tips  keempat : Mungkin ada yang tertanya mengapa harus ada LAN card a.k.a Wifi Booster? Antara sebab yang ketara adalah, prestasi LAN Card adalah berbeza dengan yang sedia ada di install di dalam laptop anda. (Rujuk entri tutorial pertama yang aku post sebelum ni untuk melihat prestasi LAN Card yang aku guna di sini.)

Langkah 1 : Jangan pasang wifi card terlebih dahulu. Ini kerana, anda hanya menumpang di dalam sistem Windows. Sekiranya anda memasang wifi card terlebih dahulu, sistem windows akan detect terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan sistem yang berada di dalam Vmware gagal mengesan wifi card. Contoh paparan adalah seperti ini.

Langkah 2 : Boot OS Beini melalui Vmware. Disini korang sebenarnya telah booting 2 OS dalam masa yang sama iaitu Windows dan Beini. Laptop sekarang mampu booting banyak OS dalam satu masa oleh kerana performance laptop sekarang more than less in performance.

Info 1 : Paparan boot Beini.

Info 2 : Selepas selesai booting ke desktop Beini, paparan seharusnya seperti ini. (Sekiranya korang tak selesa dengan paparan yang kecik, click je kat button atas yang aku tanda arrow tu k!)

Langkah 3 : Pilih application kat bawah yang ade nama minidwep-gk. Click sekali dan anda akan dapati paparan warning. Click ok! Paparan seterusnya akan membawa korang ke sini.

Langkah 4 : Perhatikan semua option yang ada. Untuk tutorial ini, aku akan ajar cara nak 'pinjam' wifi yang guna encryption WEP je sebab untuk 'pinjam' wifi yang guna encryption mode WPA bukan mudah ok! Proses 'pinjaman' terlalu sukar dan lama. Setelah selesai initialize setting, click kat button Scan. :)

Langkah 5 : Aplikasi akan memulakan kerja scanning untuk mencari semua signal yang berhampiran. Command yang running ketika ini adalah command airodump-ng. Sekiranya anda menggunakan OS Backtrack 5, korang perlu memberi command ini secara manual. Ini adalah salah satu advantage yang ada sekiranya korang guna OS Beini (a.k.a Backtrack 7).

Langkah 6 : Setelah selesai capture semua signal dari encryption WEP, paparan seterusnya sepatutnya seperti ini.

Tips : Perhatikan perkataan PWR yang ada di dalam aplikasi tersebut. Korang boleh pilih value frequency (-db) yang paling rendah. Kenapa? Sebab the lower the frequency, the more better.

Langkah 7 : Decide signal yang korang nak capture dan tekan button Lanch. Ia akan membawa korang ke paparan seterusnya. 

Langkah 8 : Proses airodump-ng akan bermula sekali lagi. Tetapi kali ini, ia bertujuan untuk mintak kebenaran untuk singgah ke connection sasaran. Proses ini dinamakan Authentication Request.

Langkah 9 : Proses ini memerlukan masa bergantung dengan kekuatan password sasaran. Sekiranya password sasaran terlalu panjang atau banyak menggunakan simbol, sudah tentu makan masa yang lama.. Time ni kalau korang nak masak meggi ke, tengok tv ke, isap rokok ke, pegi la dulu k! Hehehe!!

Tips : Kalau korang away from keyboard time ni, aku prefer korang lock pc. Jangan la suruh orang tengok aktiviti korang yang tak elok tu! :)

Langkah 10 : Check balik proses yang running sekurang2 lepas 5-10 minit. Sekiranya proses Authentication berjaya, proses seterusnya adalah Aireplay-ng. Kat sini command aireplay-ng akan menjalani kerja mencucuk a.k.a injecting/capturing kata laluan. Sekiranya berjaya melepasi halangan, proses terakhir adalah menduga password sasaran iaitu Aircrack-ng. Sama jugak dengan langkah 9 tadi.. Ia perlukan masa bergantung dengan kekebalan dan kekuatan password sasaran dan juga value IVS yang telah dicapture. Kadangkala korang boleh capture password dalam masa 5 minit, dan mungkin lebih setengah jam. Sebelum ni 1st attempt aku dapat capture dalam masa 5 minit. Itu lah yang aku rasa duration paling cepat gila! (Sebab password sasaran aku time tu F1 darab dengan 5 kali. zZzZzzz.. Langsung tak mencabar!)

Langkah terakhir : Yay! Langkah terakhir ke?! Fuhh.. Letih gila otak nak buat tutorial ni.. Siryes! Aku tak tau nak letak mana dulu, mana kemudian. zZzzzz.. Ok! Sekiranya korang dah berjaya capture password, paparan terakhir seharusnya seperti ini. Semak semula paparan terakhir dekat kotak command. Key password wifi selalunya akan di paparkan dalam bentuk Hex key ataupun ASCII code. Tak perlu risau. Tak perlu nak convert password tu. Korang just masukkan je password straighforward!

Langkah terakhir(kuasa 2) : Chiss.. Aku malas nak padam apa yg aku tulis. Kat sini aku nak rekomen kat korang. Print screen kan desktop view terakhir macam ni. Ini bertujuan untuk senang korang semak balik password target tadi bila nak connect ke Windows. Shut down OS Beini dan orang akan lihat LAN Card wifi korang akan terus detect ke OS Windows. Seterusnya rujuk balik gambar yang di print screen untuk connect ke signal target. 

Selamat mencuba! Go! Go! PIC! :)

Monday, 29 October 2012

Badminton Di Pro Shuttle Balakong, Cheras! Best And Awesome!

Cuti Raya Qurban ni tadi macam biasa. Balik Cheras k! Takkan la nak stay hostel sorang sorang layan blues kan? Hehehe!! Selalunya kalau aku balik Cheras, takda lain la kerja aku selain, bukak laptop, baca artikel artikel lama yang aku ingin nak tau, bukak fb, check email, check movie baru, tengok tv dan main game!

Tapi berbeza pulak dengan kali ni. Aku dah start join anak buah main badminton! Perghhh! Terbaik. At least takde la aku sakit badan duduk sehari hari ngadap laptop kan? Aku suka gak main badminton. Time kat kampung dulu tiap tiap hari gak main. Main sampai lupa nak balik rumah! Hahaha!!

Dekat cheras, aku main kat court Pro Shuttle dekat area Balakong. Tempat dia macam biasa la. Sebelah ada court futsal. Turf dia lain sikit dari tempat aku selalu main. Kat sana, turf dia guna rubber grass. Nak cerita sikit pasal court Pro Shuttle ni. Court dia ada 3 row. Dalam satu row ada 6 arena. Maksudnya semua sekali ada 18 arena.. Court ni jugak tempat banyak pelapis Malaysia berlatih. Dari yang junior sampai yang senior training kat sini.

Boleh kata banyak jugak player handalan Malaysia pernah training kat sana. Itu berdasarkan tandatangan yang aku nampak kat main entrance court tu. Siryes aku katakan, aku kenal signature Kim Hock je! Warghh karghh karghh!!

3 hari aku stay kat Cheras, tiap malam tu jugak aku pergi Pro Shuttle. Enjoy! Walaupun 1st day main smash smash buat tangan aku kebas, tapi the next day aku main gak! Semangat mau ada bro!! :)



Hari Jadi? Perlu?

Alhamdulillah! Syukur kepada Allah S.W.T kerana atas izinNya aku masih lagi bernyawa pada hari ini! Buat pengetahuan korang semua, harini birthday aku! Aku rasa sungguh berbangga sebab takde sorang pun yang berjaya ucapkan perkataan 'Happy Birthday' kat aku (kecuali anak buah aku semalam. Ntah la mcm mana dia tau pun aku x pasti). :)

Aku bukan apa.. Aku tak sure la siapa sebenarnya orang pertama kat muka bumi ni buat sambutan/meraikan/menganjur benda alah tu. Happy birthday to you!! Happy birthday to you!!! Hahahaha!! Korang tau ke siapa yang cipta lagu tu? Sumpah sampai sekarang aku tak tau siapa!

Semalam sebelum aku nak gerak g hostel, aku masih melepak kat rumah cousin aku kat Cheras. Tetiba tengah lepak, family kazen aku balik dari KLCC. So mcm biasa la.. Layan tv tengok Everton lawan team kesayanganku!

Tengah anak buah aku punggah barang, dia datang kat aku, bagi sebungkus plastik logo Quiksilver dan bagitau 'Usu, tok selipar k kitak. Esok birthday kitak kan?' Waktu tu aku tergamam! Cemane lak anak buah aku ni tau birthday aku eh? (For ur information, aku tutup semua notification yang ada kaitan dengan birthday announcement kat semua profile facebook, twitter dan sebagainya) so that takda sorang pun boleh tau! Kah kah kah kah!!

So di sini aku nak berterima kasih la kat family cousin aku sebab layan aku dengan sangat baik! (Terlampau baik sangat kot!). Kadang kadang tu rasa tak selesa jugak sebab kita ni niat satu je, cuma nak menumpang. Tapi dalam menumpang tu memang macam macam yang aku dapat. Sumpah serious aku nak katakan. Kadang kadang aku rasa malu, segan sangat sangat bila nak balik Cheras.

Kes pertama : Sebelum ni, aku pernah di beri Laptop baru. Time baru sampai tanah semenanjung.. Waktu tu aku rasa sangat serba salah. Cousin aku main trick kat aku. Dia ajak aku g Jusco area cheras, bawak pegi kedai pc, pura pura tanya laptop mana yang best. Lepas aku explain laptop yg ok, cousin aku terus decide nak beli. Aku tak kisah la sangat. Mungkin laptop tu pakai dia buat kerja kot. Tiba tiba dia tarik aku, bagitau laptop tu untuk aku! WAKTU TU JANTUNG AKU DAH JATUH KE LUTUT KORANG TAU TAK????!!!!

Kes kedua : Time puasa yang lalu, aku plan tak nak balik Miri sebab tiket dah start mahal. Bayangkan dari KL ke Miri je harga tiket cecah RM7++. Balik dari Miri ke KL pun sama. So return = RM15++. Orang gila mana la sanggup nak balik kalau harga mahal mcm tu kan? Tapi cousin aku belikan jugak utk aku. Aku rasa sebak, rasa nak menangis je time tu! Masih ada lagi manusia macam ni kan? Dah tu time dorang shopping kat Jakel, diorang belikan aku satu set baju melayu.. Aduhlaa... Aku rasa aku bukan diam dalam bumi. Aku mungkin diam dalam sangkar emas kot?!

Sekarang ni aku dah bagi masa bila aku akan balik Cheras dan bila aku tanak balik! Selalunya kalau anak buah aku tanya samada aku balik Cheras, aku akan fikir dulu. Kadang kadang aku bagi alasan ada assignment, exam dan macam macam lagi alasan supaya aku nampak busy.

Insyallah, kalau umur aku panjang, masa depan aku cemerlang, gemilang, aku akan cuba untuk tolong apa yang termampu kat family diorang! Akhir kata, semoga Allah limpahkan rezeki yang lebih lagi dari hari ini buat keluarga di Cheras! Amin..

Nak tengok kek harijadi aku? Hahaha!! Khas dari Bisou Bake Shop! :) 

Friday, 26 October 2012

Meanwhile... In Cheras

First of all, aku nak ucapkan Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya Kurban.. Dah masuk 2 hari aku x tulis blog. Bukan la malas. Tak.. Aku tak malas. Cuma ada sesuatu perasaan kurang best menghantui diriku. Entah datang dari mana. Mungkin disebabkan aura dan Orb effect negative that shackles on me yang buat aku rasa mcm tu. :(

Semalam, aku dikejutkan oleh berita yang mak aku masuk hospital lagi. Yang tak best nya bila dah hampir senja baru la kakak aku msg gtau berita tu. Aku dah start kurang selesa, mual, loya, toya, dan sebagainya. Bayangkan lah situasi aku sekarang. Aku di tanah semenanjung, famili di laut china selatan.

Itu satu. Lain lagi situasi peribadi aku bila... Hmmm.. Tak payah la aku nak cerita. Nanti orang nampak aku ni nak cerita semua lak hal peribadi aku buat bacaan orang awam kan. Better jangan la..

How i wish...
Sumpah aku dalam situasi yang aku sangat risau akan 2 perkara dalam satu masa. Aku tak senang nak duduk, aku asyik keluar masuk rumah. Kalau kazen aku perasan, mesti diorang annoyed dengan perangai aku malam tadik.. Tapi bila aku berdepan dengan dorang, aku try la act cool, in fact i'm not!

2 things yang berjaya buat aku jadi rasa macam nak gila! 2 things yang aku benar2 sayang, 2 things yang aku tak sanggup kehilangan dalam hidup aku. Tapi aku percaya dengan 2 thing that is Qada' dan Qadar. Dalam 2 things, tak semestinya aku ada dapat serentak. Only time will tell. Tapi aku berharap, semuanya ok2 saja. Insyallah! Amin!

Tuesday, 23 October 2012

Saya Nak Jadi Model Domino's Pizza Boleh?

Hahaha... Tajuk yang tak boleh blah! Tapi itu la yang berlaku malam semalam. Kisah bermula bila aku tengah tunggu member aku (Mizu/Arif) tengah kemas kemas nak pegi kelas, aku selongkar drawer bilik diorang. (Aku kan ganas, apa de hal? Hahaha!!). So nak mulakan cerita, aku jumpa kupon Domino's Pizza. Banyakkk!! Memang sangat banyak!! Ntah la nak gambarkan dorang ni. Nafsu buaya kot! (Note : Korang akan dapat banyak kupon bila kerap order Domino's Pizza.)

Mula nya aku cakap la kat member aku (Mizu), kalau order pizza mlm ni best gak kan? Tapayah tunggu lama. Dia pun aminkan je.. Dalam kelas programming aku ronda ronda la meja masing masing sambil menunggu geng lain tengah nak prepare buat presentation, aku tengok sorang budak kecik (Memang kitorang panggil dia kecik pun. Hahaha!) tengah belek belek website Domino's Pizza. Pelik.. Aku rasa mcm ada connection pulak dengan plan aku ngan Mizu awal tadi.. Aku cer tanya diorang nak order pizza gak ke? Rupa nya diorang memang dah nak order pizza siap masuk ngan Mizu sekali. Perghh.. Memang awesome la. (Domino's Pizza ni kalau makin banyak order, makin murah. Hee... )

Malam lepas Maghrib, sume kumpul  kat bistro perempuan. Kalau ikut plan sebenar cuma ade 6 orang je (Aku, Mizu, Arif, Kechik, Apek, Aina). Tapi malam tu boleh jadi ramai pulak (10 orang). Pulak tu sepatutnya order waktu petang tu cuma 2 set large dengan 4 set regular je. Tapi malam tu boleh pulak ter-order sampai 10 set regular (10 set/10 orang = 1 set sorang!). Perghh.. Awesome!! Awesome!! 


P/s : So.. Aku nak kongsi gambar je boleh tak? Boleh la plis!! Hihihi.. Nak kongsi pizza memang dah takde la kan! Hahahaha!!

Mintak Maaf Miss! Hari Ini Saya Terpaksa Ponteng Kelas!!

Assalamualaikum! Selamat petang! Dah makan? Aku doakan semua sihat je harini k. Amin. Oh ya.. Tempat korang harini mcm mana? Hujan? Panas? GMI sekarang panas tau. Takut pulak nak keluar. Huhuu...

Petang ni aku dengan segala hormatnya tak turun kelas Programming. Bukan sebab malas, bukan sebab mengantuk! There must be a reason for something that happened kan? Hehehe...

Hari ni aku ponteng sebab nak prepare untuk test paper Math malam ni. Itu pasal la aku skip kelas tanpa diberi kebenaran. Habis tu kalau terus terang kat lecturer cakap taknak pegi kelas korang rasa dia nak lepaskan tak? Of kos la tak! Hee..

Sebenarnya aku dah tau pun soalan yang akan keluar malam ni sebab ada member dari kelas lain dah ambik pun test math tu minggu lepas. Tapi atas alasan aku nak memahami lebih mendalam dalam bab Binomial Expansion ni la yang buat aku mesti paham jugak walaupun nanti aku bakal bawak encik toyol ke kelas. Heee.. SELAMATKAN MASA DEPAN ANDA!! :p










One Step Closer RaRa: Popia Seaweed OhYesss!

One Step Closer RaRa: Popia Seaweed Oh Yesss!


This is the best ever popia i ever telan in this world! Hahaha!! Oh btw, ini blog member aku! Tengok la resepi dia dan cara nak buat Seaweed Popiah kat blog dia k! Simply the best!

Monday, 22 October 2012

Baya!

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Arini tak banyak nak citer kat viewers sebab malam semalam adalah hari paling busy pernah berlaku dalam hidup aku. Semalam aku macam biasa. Tido pukul 9, bangun pukul 5 petang then cuci baju, mandi dan makan. Malam nya settle buat 3 report Electronic, pastu men game jap pastu baca nota pasal Photocell sebab itu la topik aku akan present harini.

Oh ya... Baya! Topik aku harini pasal Baya. Kenapa perkataan Baya yang aku mentioned untuk entri aku arini?

Gigi saya putih! Awak? :)

Cerita bermula dengan sorang member sekelas aku di beri gelaran baya. Kalau nak ikut kan nama penuh cantik je. Syafiq Afshaf. Tapi? Kenapa nama panggilan Baya? zZZzzz..

Itu salah satu persoalan. Tapi skang aku terfikir lak nape amongst colleagues aku panggil die Baya. Adekah bentuk fizikal beliau? Hmm.. Wallhualam.

Aku dapat rasa beliau kurang selesa sebenarnya. Tapi life must go on kan? Hahaha!! Layan je la Baya!! Pulak tu yang selalu gurau ngan dia ni takde la hensem mana pun. Nak kata orang yang gurau ngan dia tu kulit putih melepak tak jugak! Siryes! Malas la nak sebut nama sorang sorang. Siapa yang baca entri ni of kos tau la siapa yang aku mention kan! Hahaha!!!

K bai! Peace on earth!! :)

Saturday, 20 October 2012

Rockaway : Soulfly Live In Malaysia Vs Kambing Golek!



Akan tetapi entri ni langsung takde kene mengene ngan Soulfly mahupun Max Cavalera mahupun Rockaway mahupun nenek kepada produser Soulfly tersebut..

Aku sekarang dalam keadaan mood yang agak lain sikit sebab satu je.. Jasad ku berada di GMI dengan sempurna. Yang buat aku tak sempurna fikiran aku dari tgh hari tadi kat event Rockaway! Arghhh!!! Sumpah aku tertekan! Boleh pulak member aku msg bagitau ade satu booth kat event tu ade bagi tiket free. Mcm mane nak dapat tiket free? Simple giler! Just fill in satu borang ape ntah pastu dorang bagi tiket mcm tu je!

ARRGHHHHH!!!!! Sangat tertekan sampai team kesayangan aku (Liverpool) tengah main skarang ni pun aku malas nak tengok! (Memang tak dpt tengok pun sbb kat bistro skang ni comfirm majority tengah layan final Piala Malaysia Kelantan - ATM).

Pulak tu member aku msg tadi geng dari tempat lahir aku (Miri) ade kat sini (Soulfly punya pasal semua jadi wajib hadir!).

Peristiwa petang tadi, ade la sorang member aku ni ajak makan sebab lapar katanya.. So aku join la dia g makan sebab aku pun tak makan lagi. Nama member aku ni boleh kire rare jugak la sebab sebelum ni takde pun member aku diberi nama Pito. So aku ngan die ditemani oleh member sorang gik Arif lepak bistro. Mula mula cer try g bistro perempuan. Apa yg best kat bistro perempuan? Makanan kat sana murah giler! Aku pernah order teh o ais pas tu ambik nasik putih, ayam merah, ayam kicap, nugget 4 keping, sayur kangkung = RM3.50 SAHAJA! SUMPAH AKU TAK MENIPU!

Berbalik kepada cerita kitorang tadi, sesampai je kat bistro perempuan, dengan perasaan girang gembira kitorang tanya la kat abang kat bistro tu. Makanan ade tak? Dengan selamba nya abang tu g tau makanan dah takde.. Ok takpe.. Boleh terima lagi part tu. Memang ngam gak la kalau dia jwb mcm tu. Abis tu jam pukul 4 mesti la semua dah habis. Sape suruh bangun akhir kan?

Akhirnya dalam keadaan terpaksa, kitorang pegi gak bistro laki. Aku sebenarnya x suka sangat mkn kat sana sebab mahal! Siryes.. Sesampai je kat bistro laki, makan diorang pun lebih kurang je. Tinggal sisa sisa. Part ni dah start dah nak menyirap. Aku dah mula malas nak order. Tapi member aku 2 orang ni dah macam dah tak boleh tahan. Aku tengok diorang tengah ambik pinggan pastu pilih lauk, so aku join je la..

Hmm.. Menu ape yang aku makan arini? Tempe sambal, cebisan ayam (sisa-sisa) masak kurma, kuah sambal terung ngan telur rebus sambal. Layan je la.. Aku boleh siap buat muka marah ngan kakak cashier td. Aku g tau kat die "Ni je yg ade kak. Layan je la". Hahaha.. Mungkin die kesian kat aku dia bagi lauk aku tu harge RM2.80. 1st time aku dapat harga  mcm tu sebenarnya! Siryes!

Time tengah makan tu mata dan hidung  aku macam dipanggil oleh sesuatu yang menarik tapi 'Rare'. Ape nye? Haaa!! Part ni yang membezakan aku dengan puak puak yang pergi konsert Soulfly tu! Diorang layan konsert Rockaway sambil tunggu Soulfly kan? Aku pulak tengah layan perasaan sambil makan nasik dengan permandangan di mana ade sorang brader tengah panggang kambing!! Haa!! 1st time aku tengok orang panggang kambing kat dalam GMI! Sumpah aku tak tipu, sepanjang aku kat bistro, mata aku x boleh bergerak lama kat tempat lain. Aku fokus tengok kambing panggang! Wargh karghh karghh karghh.. Padahal aku tak makan pun kambing! Siryes aku tak makan! Ntah la.. Tapi cara dia panggang tu memang awesome!

Lepas aku settle buat perut kenyang, aku pegi jumpa brader yang panggang kambing tu. Aku tanya kambing ni untuk siapa. Dgn selamber je dia kata ntah?! zZZZz.. Brader tu kata dia cuma tolong panggang je. Ada orang yg tempah. Ntah la kenapa aku boleh pulak interview dia. Aku tanya sekor kambing ni makan masa berapa jam nak masak. Brader tu kata lebih kurang 3 jam gak. Hmm..

Aku suruh member aku (Pito) ambik gambar! Boleh pulak dia kata tanak. Cis.. Mcm la aku suruh dia yg bergambar dgn kambing! Last last aku ambik sendiri je la! Sumpah bentuk badan kambing panggang tu mcm awesome! Tak tau lak rasa dia mcm mana sbb aku memang tak makan kambing! Warghh karghh karghh karghhh!!!!


Kesimpulan cerita ni : Aku tertekan sebab tak boleh tengok brader aku (Max Cavalera) perform kat Malaysia! Bangi - Sepang tak jauh mana pun. Tapi... :|

Penangan Ayam Penyet OMG

Kepada korang yang minat makan ayam penyet, di sini aku nak promote sikit tentang salah satu stall ayam penyet yang aku (dan rakan rakan lain) rasa sungguh sedap a.k.a baik punya. Mana tak nya. Boleh dikatakan muka kitorang je yang pegi sana tak kira siang atau malam. Hahaha..

Kisah bermula dari salah seorang classmate aku yg komplen makanan kat bistro tempat kitorang belajar dah tak best. Pendek kata dah muak. Balik balik ayam, balik balik telur. Sape tak bosan kan. So alternatif lain kena la makan kat luar. Mula mula aku heran jugak kenapa la budak kelas aku asyik makan ayam penyet? So nak mulakan cerita aku join la diorang pegi satu stall yang boleh kata unik jugak la nama nya.. Nama stall tu Ayam Penyet OMG! OMG ni singkatan untuk 'OK! Mantap Gila'. Hahaha.. Pelik kan? Tapi mcm tu la korang kena bagitau kat makcik yang sediakan sambal ayam penyet tu. Kenape? Sebab tahap kepedasan sambal ayam penyet di sini terletak di tangan pelanggan.

Contoh : 

Level OK (Kurang pedas)
Level Mantap (Pedas tahap boleh ditelan)
Level Gila (Telan je la selagi mampu)

Hahaha.. Unik kan? 

Stall ni kalau nak carik mungkin susah sikit. Tapi kalau korang tau gelanggang futsal/badminton yang dipanggil VROX Sport Center, kat situ la stall dia. Lain lain cara untuk tau tempat ni, korang boleh cari nama restoran Tupai Tupai. Sekiranya korang jumpa restoran tu, stall Ayam Penyet OMG! ni betul betul di seberang jalan je.

Sebarang details tentang stall Ayam Penyet OMG! ni korang boleh bukak page Facebook diorang kat sini : Ayam Penyet OMG! 



IGEM 2012 (Part 2)

Rasa kurang kalau tak tunjuk wajah wajah wakil IGEM-ers dari GMI. Siryes!! So part 2 ni lebih kepada freelance writing/posting je la.. Cer tengok ade tak wajah2 korang kat sini? Kalau ade tekan button share tunjuk kat geng2 sekolah, sekampung ataupun share kat tok kadi mahupun ketua kampung masing2 k.. Peace! :)














 



IGEM 2012 (Part 1)

Bulan puasa yang lepas aku dengan geng2 group aku sahut cabaran pensyarah aku utk buat satu video berbentuk footage 3 segmen. Time mula2 dapat arahan buat video tu mcm biasa la.. Rilekk luuu... Dah sampai nak deadline baru la semangat berkobar nak berlakon. Bukan ape pon. Sebab takut takde markah. Gila ka benda senang pun malas nak buat? Hehehe...

So bermula la kisah nak berlakon ni. Nak kata semua terer berlakon tak jugak. Nak kata pelakon semua keras mcm batu pun tak jugak. Tapi yang paling dekat untuk menggambarkan watak masing2 adalah kayu la sebab kayu ni tak semuanya keras kan? Ekekeke..

Oh ya.. Part paling best bila berlakon ni kena pulak time ramadhan. Time posa mcm2 dugaan kene harung. Mana tak. Ade pulak part dlm video tu kene berlakon minum air.. Perghh.. Tapi Alhamdulillah sebab tak de pun sebarang titisan air tu masuk melalui kerongkong(agaknye).

Eh! Tak cukup lagi intro aku ni.. Oh.. Takpe la. Aku akan announce time outro nanti k! So kalau nak tengok video tu, aku sediakan pautan dia kat sini. So takde la korang jenuh carik satu satu kat Youtube kan? Selamat menonton! :)



Yes! Kesudahannya, video ni dapat no.1 dalam kelas kitorang berdasarkan jumlah 'Like' dan 'Views' dari penonton. Terima kasih sangat sangat kepada yang sudi membuang sedikit masa untuk melihat video yang tak seberapa tu. Alhamdulillah. Hadiah nya takde la best sangat. Tapi sekurang2 nya semua yang berjuang dalam video ni berpeluang untuk pergi ke KLCC sebagai tamu eksklusif yang digelar sebagai IGEM-ers!

Info : IGEM adalah singkatan untuk International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia. Pameran ini telah berlangsung sejak 3 tahun lalu dikelola oleh KeTTHA dan disertai oleh pelbagai syarikat terkenal seluruh dunia termasuk Jepun, China, Thailand, Singapore dan banyak lagi. Antara produk yang di pamerkan adalah bertemakan hijau a.k.a green technology.

 Antara produk yang menarik perhatian kami di pameran tersebut :







  

 


Friday, 19 October 2012

Tutorial : Alternatif untuk membolehkan anda memuat-turun pautan yang telah di-haramkan di Malaysia

Yes!! Ini adalah tutorial yang pertama aku masukkan ke entri blog yang baru berusia 1 jam lebih stengah.. And yes aku tau banyak mahkluk bernama manusia sekarang sangat suka muat turun aplikasi, lagu, video, movie mahupun ebooks secara percuma kan? Jangan tipu la...
La ni opah sebelah rumah aku pun gian tau nak download ebooks cara nak buat cupcake. Apetah korang yang berdarah muda ni. Warghh karghh karghh!!

Baiklah..  Sebelum itu aku nak cerita sikit. Kebanyakan ISP (Internet Service Provider) yang ada di Malaysia ni telah menyekat aktiviti muat turun kerana melihat pelbagai aspek negatif yang akan/bakal berlaku. Tak perlu la nak di jelas kan mengapa eh.. Cukup jika aku andaikan bila ko beli air cola sebotol pastu member ko ade 5 orang mintak pastu bagi ko botol kosong je. Warghh karghh karghh karrgghh..

Ok. Ini ada sebahagian website yang telah disekat di Malaysia..

- Megaupload - Sekarang dah pupus sebab owner dia kena tangkap Ef Bi Ai!
- Megavideo - Kurang femos
- filestube.com - Boleh kira femos jugak
- fileserve - Boleh la..
- putocker.com - Aku tak pernah dengar pun. zZZZzz...
- thepiratebay.org - Yang ini tersangat femos!!! Sumpah!!
- depositfiles.com - Femos tapi leceh sbb tak boleh buat parallel download
- movie2k.to - Tak pernah pakai lagi
- duckload.com - Pun tak pernah. Mungkin web ni untuk itik2 yang nakal je kot?
- warez-bb.org - Femos jugak satu ketika dulu. Lebih kurang mcm 9down.com
- dan banyak lagi!

Baiklah tutorial kita akan bermula di sini.

Seperti yang telah di-mention sebelum ni, ISP di Malaysia adalah Ti-eM/Un1f1, C3lc0m, M4x15, D1g1, UM0b1l3, Y3s! dan mungkin ada lagi underground brand. Siapa yang peduli kan? Motif aku kat sini tadi nak sebut senarai ISP je. Kehkehkeh...

Untuk pengguna OS (Operating System) Windows XP atau Vista atau 7, kerja anda akan mudah kerana, aku akan jelaskan langkah2 menggunakan paparan Windows 7.

Kes 1 - Best2 anda tengah surfing, pastu jumpa lak link download yg sememangnya korang nak sangat download, so korang click la pautan tu. Tapi tiba2, keluar paparan mcm ni.
 

Haa... Tak ke menyirap satu badan? Warghh karghh karghh kargh... Jangan nak tipu le..
Sambung balik.. Sebaik saje nampak paparan ni, jangan risau, jangan nervous atau pun jangan marah dengan jiran sebelah rumah yang tengah membelai mesra suami mereka kerana sudah tentu mereka tak tau.. Oleh itu, korang boleh pergi ke taskbar yang menunjukkan signal wifi,

                                                        Haa.. Ini yang aku maksudkan.

Click sekali kat icon tu, dan right click pada connection yang korang tengah connect. Contohnya..


Korang akan nampak option Disconnect, Status, Properties. So, korang pegi click kat option Status tu dan operasi seterusnya akan membawa anda ke paparan seperti di bawah.


Haa... Di sini bermulanya kerja menggodam berlaku. Untuk newbies (noob), dorang akan rasa dorang adalah hackers buat seketika. Tapi orang mcm saya, saya cuma anggap ni sebagai tweaking procedures je. Ekekeke.. Nampak tak? :p

Okeh. Setelah korang sampai kat sini, click pada button Properties untuk melihat bahagian yang anda perlu 'tweak' bagi membolehkan anda membuat aktiviti memuat turun dengan cemerlang dan gemilang dan terbilang.


Untuk paparan seterusnya, korang akan nampak Wireless Network Connection terpapar seperti di atas. Langkah yang seterusnya, click kat Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4), dan anda akan nampak button Properties activated dari greyed out sebelumnya. Korang click kat button Properties tersebut dan paparan seterusnya sepatutnya akan keluar mcm ni.


Yes! Ini adalah yang aku maksudkan! Rahsia yang anda cari2 sebelum ni akan didedah kan semuanya di sini!

Ok! Sekarang ni apa yang korang perlu lakukan simple je. Isi tempat kosong, sama macam kite ambik final paper soalan objektif je. Nampak tak perkataan Obtain DNS server address automatically tu? Yang kat belah bawah. Now korang perlu click pulak option yang kat bawah (Use the following DNS server addresses). Lepas je click kat sana, masukkan value untuk :

Preffered DNS server : 8.8.8.8
Alternate DNS server : 8.8.4.4

Contoh :


















And now click ok and you're done! Tutorial ini tamat di sini!

Selamat memuat turun!

Peringatan : Tutorial ini adalah untuk tujuan pembelajaran. Segala aktiviti yang dilakukan oleh pembaca tidak akan di tanggung oleh penulis! Sekiranya korang suka akan sesuatu yang korang dapat, aku syorkan korang beli je la! Tak mahal pun. Contohnya barangan Adobe Photoshop harga dlm 4 angka 'JER'!
:)

Time.. Revealing hidden mystery...

Rasanya kali ni tujuan aku nak re-up blog akan berbeza dengan misi sebelum nya... Insyallah lepas ni apa2 yang aku post akan lebih bermanfaat buat semua umat manusia mahupun ahli angkasa mahupun model iklan kopi cap kapal laut afrika (ada ke kopi brand mcm tu? Hmmm..).

Gambar ihsan : The Padangs

Time stops ticking but everything's faster....

Hari pertama buat kali ke 2

Ntah la.. Kenapa blog aku sebelum ni hilang pastu tak boleh recovered.. Ni blog aku no.2.. Selamat datang ke blog saya k! :)

Sebelum ini, aku adalah orang lain dari orang yang berada di hadapan lappy sekarang! :)