Friday 10 May 2013

Luahan Hati Seorang Anti Politik

Dimulakan dengan Bismillah. Assalamualaikum. Harini aku nak sembur semua perasaan di hati ni kat blog aku (Reminder : Ini blog aku!). Tak nak baca no problem. Tapi kalau korang nak dengar dan sanggup terima fakta, aku boleh kongsi kat korang. Malam ni aku nak cerita pasal politik pulak. Pernah dengar istilah Anti-Christ, Anti-Muslim atau lain lain jenis anti? Haa.. Kalau semua tu memang wujud di dunia, kenapa takda istilah Anti-Politik? Aku tersenarai dalam kategori itu.

Aku rasa semua dah sedia maklum yang politik ni permainan antara kerajaan dan pembangkang kan? Tapi kenapa masih ada lagi rakyat yang taksub dengan politik? Tahukah korang apa maksud politik? Politik itu bermaksud kuasa. Sekira nya perkataan gila politik itu di tukar kepada perkataan lain? Apa jadinya? So itu la yang berlaku sekarang pada rakyat. Ha! Gila kuasa punya orang! 


Tau tak korang bahawa orang yang anti politik ni sifat dia inginkan keamanan. Kenapa tolak politik? Kerana tiada keamanan dari segi minda. Tak percaya? Cuba try testing! Pegi la sokong BN ke PR ke. Korang dapat tak rasa keamanan. Now Way! Tak akan terasa! Jangan tipu! Lately aku tak rasa keamanan tu wujud kat aku sebab dunia online (Timeline FB, Twitter) tercemar dengan pelbagai fitnah. BN kata PR ini. Pastu PR kata BN macam ni. Weh. Korang yakin ke pilihan korang tu tepat? Jangan tau nak sembur je!

Korang rasa apa yang korang baca dari sumber tak sahih tu betul ke? Kalau nak tau part part spin ni orang politik memang terer. Tak kira la BN ke PR ke. Sama je! Bullshit la kata PR tu betul. BN pun apa kurang nya?! Aku tak pernah lagi jumpa manusia paling sempurna kat muka bumi ni. Not even Nabi Muhammad S.A.W mahkluk perantaraan yang boleh berkomunikasi melalui wahyu Allah tu pun tak jemu berdoa meminta keampunan kerana baginda tak tau amalan beliau tu diterima atau tak. Haa.. Apatah lagi kita ni manusia biasa?

Tak nampak lagi fakta sebab aku tak nyatakan lagi kan? Kalau korang nak tau, perbezaan antara kerajaan dengan pembangkang ni memang banyak. Sangat banyak. Tapi persamaan antara kerajaan dengan pembangkang, diorang nak semua yang ter-hajat di hati disampaikan kepada rakyat. Itu je. Depends la apa yang diorang nak buat. Tp mostly ideology diorang rakyat tak suka. Tak kisah la baik ke tak, lumrah manusia memang tak pernah puas! 

Buat penyokong kerajaan : Kalau korang kata pembangkang menang akan mem-bankrapkan negara, korang sebenarnya takda otak! Maaf kalau bahasa aku ni kasar sangat! Kenapa? Ideology pembangkang tak sama dengan ideology kerajaan. Kenapa diorang nak tiru idea kerajaan utk menangkan hari rakyat? No such thing! Akan jadi lebih teruk lagi kalau pembangkang ikut idea kerajaan sebab of kos la dorang kata pembangkang plagiat kan? Menarik tentang ideology pembangkang ialah diorang akan biarkan rakyat sendiri yang berbelanja untuk negara. Bukan negara yang berbelanja untuk rakyat.


Buat penyokong pembangkang : Korang ni asyik je kata kerajaan curik duit rakyat! Kalau ikut mata kasar, memang macam benar. Tapi sebenarnya TAK! Kerajaan tak curik pun! Itulah dikatan ideologi parti masing masing. Kerajaan sebenarnya mewakili korang untuk membelanjakan duit untuk pembangunan dan sebagainya. Terlalu banyak untuk dihuraikan. Duit BR1M tu pun memang duit korang. Bukan duit parti. Kalau siapa antara korang kata duit BR1M tu duit parti, korang memang sebangang bangan manusia. Korang jangan la salahkan kerajaan memanjang. Sebab dalam sedar tak sedar, tengok keadaan sekeliling korang dengan pembangunan. Mungkin korang tak perasan sebab hati penuh dendam. Aku paham. Orang berdendam ni kalau benda baik pun memang berat nanang nak terima.


Buat lalang lalang : Korang ni lah sebenarnya yang mengotorkan lagi suasana politik negara. Selalunya anak anak muda yang ikut ikutan. Padahal umur baru 15-20, tapi sibuk nak join macam macam. Ilmu di dada tu kalau diibaratkan air di tadah dalam gelas tak sampai pun setengah, baik tak payah la.. Layan EPL ke, Bundesliga ke, PES ke kan lebih bagus? Nasihat aku la, korang baik rilek je. Tak salah pandang pandang dengar dengar pasal politik. Tapi dalam umur korang tu elok untuk menilai mana satu yang benar dan salah. Kalau cukup umur baru pegi undi. Ni tak. Dah la umur tak cukup, ada hati pulak nak sembur pasal politik 24 jam seminggu. Fakta semua baca dari internet je. Entah entah salah ke betul ke pun tak tau. Itu la yang buat jadi fitnah! Lain la kalau ada link direct dgn MB negeri ke, EXCO ke mungkin aku tak kisah. Haishh...

 
Dah dah la korang dengan politik tempatan korang tu. Terimalah kemenangan dan kekalahan. Adat jugak tu! Melayu kata adat menang/kalah, Islam kata Qada' dan Qadar (Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut). Korang ni tak perlu la nak gaduh. Kalau macam ni la nak berpolitik, mana pergi matlamat sebenar mentadbir rakyat? Aku tak fikir kerajaan menghalang pembangkang mengamalkan demokrasi. Tapi pembangkang ni kalau dah nak bersuara, mesti berunsurkan dendam. Lepas tu guna prinsip matlamat menghalalkan cara. Benda yang salah suma korang kata betul. Kalau kerajaan pulak suka sangat pandang rendah dengan ideologi pembangkang. Diorang tak naik lagi memerintah Malaysia. Korang tak boleh kata pembangkang akan jatuh selagi diorang tak diberi peluang. Silap silap korang pulak yang jadi rakyat biasa kalau pembangkang naik. Dah bersedia tak? Ha! 

Sekian saja dari aku si anti-politik tempatan! Dah dah la.. PRU13 pun dah habis. Jangan tak bertegur pulak ngan member se-pejabat/kelas/kerja. Selamat menyambut hari minggu bersama keluarga tersayang ok!