Monday 25 March 2013

German-Malaysian Institute - "Dress The Recycling Bin" Competition (Green Week)

Assalamualaikum dan Syukur Alhamdulillah kerana pada hari ini, aku masih mampu melihat struktur bumi seperti biasa. Terima Kasih Allah kerasa ini semua adalah izin dari-Nya. Menulis blog ni pun sebenarnya izin tulus dari-Nya. Tiada kita tanpa-Nya. Seperti tahun tahun sebelumnya, GMI akan mengadakan pertandingan beteraskan unsur hijau setiap kali menjelan minggu hijau atau nama glemer nya Green Week. 

Jika last year ada byk aktiviti yang berlangsung pada Green Week seperti Spell-It-Right Competition, Public Speaking, Green Quizzes dan byk lagi, tetapi berbeza sedikit dengan tahun ini (2013). Ada banyak sebab mengapa minggu hijau tahun ini agak kurang meriah seperti tahun lepas. Ini adalah kerana jadual yang terlalu ketat dan rapat di antara aktiviti lain pada bulan yang sama. 

Keputusan pertandingan berpihak kepada kumpulan dari kelas kami (PIC2) sekaligus menjadi juara pertandingan 'Menghias' tong sampah. Walaupun bermain dengan tong sampah, tapi aku rasa seronok jugak. Tak semua orang boleh meluangkan masa menghadap tong sampah lebih lebih lagi lepas balik kelas pukul 7, mandi, solat kejap dan terus pegi menghadap tong sampah sampai ke larut malam. Awesome kan? So sini aku nak share sikit fenomena minggu hijau yang member aku rakam guna kamera hp (je). Aku berani kata event ni rare sbb aku rasa ianya rare! Hehehe!! So selamat meluangkan masa okay!? :)

Poster Rasmi

This Is GMI (Credits To Mohd Abdul Syafiq)



Pasangan Paling Hot Di GMI! :)

Hasil Kerja

Walaupun Tak Menang Tapi Kitorang Enjoy! (Kot?)

Design Ni Dapat No.1 Dalam Pertandingan. PIC2 The Best!

Sebahagian Dari Wakil Kelas PIC2

Kononnya Tengah Cari Ilham. :)

Suasana Ketika Pertandingan

Hari Ke-2.

Final Touch-Up (Kononnya!)

Main Cheat! :)

Line-Up (Sepatutnya 4 Orang) ZzZzzZz...

Bella, Aku dan Feer

Wajah Wajah Kekalahan! :)

Ada Cerita Disebalik Kegembiraan Di Wajah.

Wajib Posing Beramai Ramai.

Apek (Boboi), Aku dan Apek (Gegerl)

Saturday 23 March 2013

Free Tutorial : Recuva Untuk Recover File Yang Hilang

Pernahkah korang mengalami situasi di mana file penting di dalam hard disk korang tiba tiba hilang atau gagal dikesan atau di delete oleh anti virus? Sudah tentu korang pernah mengalami situasi ini kan? So dalam ruangan free tutorial kali ini, aku nak kongsi pengalaman yang pernah aku lalui iaitu 'Kehilangan'.

Untuk tutorial kali ini, aku nak memperkenalkan satu perisian yang di beri nama Recuva. Recuva adalah satu perisian yang boleh menjumpai semula file yang telah secara tidak sengaja di delete oleh anti virus.

Kebiasaannya setiap file yang telah terdelete adalah bergantung kepada dua keadan iaitu atas kecuaian kita (tertekan butang delete) atau perisian anti virus mengesahkan bahawa file tu ada unsur unsur kejahatan (trojan, malicious attack, dsb).

Bagi situasi aku sebelum ini, patch bagi game PES 2013 aku (version 3.2) secara tidak tersengaja telah di delete oleh anti virus aku kerana di khuatiri tidak selamat. Patch tersebut mengandungi program yang di kenali sebagai .PUP Patch yang tidak menggugat keselamatan seluruh sistem komputer tetapi disebabkan oleh anti virus aku memang dah siap di setting dalam keadaan very high secure, ia telah mendelete file tanpa banyak tanya.

Dengan menggunakan Recuva, aku berjaya mendapat semula file yang telah di padam walaupun dasarnya anti virus aku telah di setting sebagai 'delete detected file as permanent'.

Langkah 1 : Muat turun perisian di laman rasmi Recuva di sini.

Langkah 2 : Setelah siap muat turun, install di dalam sistem seperti biasa.

Langkah 3 : Setelah siap, korang akan lihat paparan seperti di bawah

Langkah 4 : Tekan button next untuk paparan seterusnya. Korang akan dapati paparan seperti di bawah. 

 
Langkah 5 : Sekiranya korang tak pasti file yang perlu di cari, pilih button Other dan tekan next.

Langkah 6 : Paparan seterusnya sepatutnya akan seperti ini.


Langkah 7 : Pilih lokasi terakhir di mana file yang telah hilang. Sekiranya masih tak tau lagi, tekan button I'm Not Sure.

Langkah 8 : Paparan terakhir seharusnya seperti ini. 


 Pilih button Enable Deep Scan sekiranya file yang telah di delete adalah terlalu sensitif. Sekiranya file yang ingin di cari adalah file yang ringan atau biasa biasa sahaja, proceed ke button start.

Selamat mencuba!

Wednesday 13 March 2013

Surat Putus Cinta Paling Emo : Yours Sincerely, Timah.

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCODILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah

Saturday 9 March 2013

March 2013 Updated!!! : Baucar Buku 1 Malaysia - Mana Kedai Boleh Beli Printer?

Assalamualaikum dan selamat bercuti di hari minggu. Hujung minggu ni santai santai dengan keluarga memang best kan? Sama sama duduk menonton televisyen pastu minum teh waktu petang dengan cucur udang cicah sos.. Memang awesome sangat! 


Baik lah. Kepada pelajar yang selama ni tertanya tanya kat mana boleh beli printer guna baucar, sini ada jawapannya... Setelah berjam lamanya pusing pusing sekitar bandar baru Bangi, aku jumpa satu kedai yang terima baucar tu. Kedai tu kat Warta Complex. Mintak maaf buat pelajar luar kawasan Bangi. Tapi rasanya kedai ni ada kat area Puchong, Sri Petaling dengan Ampang. Boleh try la usha kedai ni kat area korang.

Proof Of Purchase


Oh ya. Pasal harga ni aku dikenakan cas sebanyak 20% dari harga asal sebab kenapa ntah. Tak penting sebenarnya.. Harga printer ni sebenarnya RM199. Lepas dikenakan 20% tambahan so itu la harga terakhir. Aku cuma perlu guna 4 keping baucar je dan nilai selebihnya aku guna duit sendiri sebab aku pun ada strategi sendiri. At least aku masih ada satu keping lagi bauca untuk aku beli alat tulis dan keperluan lain.




Ye.. Mungkin ada orang akan kata pembelian aku ni lain dari yang lain. BB1M sepatutnya beli buku. Tapi aku beli printer. Korang kena faham. Setiap kursus lain cara pembelajarannya. Macam kursus yang aku ambik sekarang memerlukan output result yg harus dicetak. Setiap practical results itu yang akan menentukan masa depan aku. Mcm itu jugak la yang berlaku terhadap pelajar khursus lain aku rasa. 

Ambik contoh pelajar jurusan lukisan kejuruteraan. Aku rasa kecenderungan untuk diorang beli kertas dan alat lakaran mesti tinggi kan? Jurusan undang undang pulak mesti berkecenderungan untuk beli buku ilmiah yang berkaitan. Apa bezanya aku? Aku beli printer sebab itu yang di perlukan. Harap harap takde la rakyat Malaysia yang sarcastic nak sangat politikkan pembelian aku ni. In Shaa Allah. :)

Akhirnya Laptop Aku Ada Kawan Baru!

Oh ya sebelum aku terlupa. Aku ingin berterima kasih kepada kerajaan terutamanya PM dan menteri pelajaran Malaysia kerana sudi membantu pelajar tidak kira dari pengajian awam ataupun swasta. Aku rasa bantuan ini amat berguna untuk pelajar yang memerlukan! Dan disini aku ingin ambil kesempatan untuk mengatakan 'Shame on you idiots' kepada pelajar yang mengambil kesempatan menggunakan baucar dan ditukar kepada wang ringgit dan dilaburkan untuk benda benda yang tak berfaedah. Korang ni sebenarnya cuma parasit yang menapak di institusi pengajian dan tak akan pergi jauh mana pun. Cuma cukup sekadar menambah kuota sebuah kelas. :)

Okeh! Itu saja aku nak kongsi kot. Assalamualaikum pembaca setia dan You'll Never Walk Alone! :)

Friday 1 March 2013

Warning : Tolong Jangan Kaitkan Nama Allah Dengan Agenda Politik!


Politik itu hanya agenda ciptaan manusia. Bukan Allah yang suruh kita fokus kat benda tu sume. Dia nak kita ade pemimpin yang berdakwah dan ikut landasan Islam je. Cukup la setakat tu. Politik tu manusia yang buat dier. Bukan Allah. So jangan la main main kat nama Allah! Tolong la! Orang Islam sekarang dah pelik sangat la! Ilmu ada depan mata sila ambik dan guna sebaik baiknya!

Ok lah! Nak kata aku ni berminat sangat kat agenda politik ni memang la aku kata tak! Politik ni senang je nak nilai. Tapi sekarang orang suka tengok sebelah pihak je. Logik ke macam tu? Kalau betul nak berbincang pasal politik, tengok dua dua belah pihak dulu. Aku tak rasa satu pihak tu 100% benar. Not even our current government capable to do so!

Satu pulak hal. Boleh ke kata parti ni 100% benar dan parti lain tu 100% salah? Come on la! Kita ni cuma manusia biasa la! Pernah ke ada wujud manusia kat muka bumi ni 100% sempurna! Takda la! Aduh! Sampai bila kita sanggup diselubungi rasa benci sesama manusia ni? It's ok la kalau ada antara korang kata aku ni takda pendirian!

Yes! aku mengaku seorang nomad (hidup pindah randah) since 6 years till now and i do living in a different side of pemerintah. Aku pernah hidup bawah pemerintahan BN satu ketika dulu. Bila aku balik kampung halaman, aku hidup bawah pemerintahan DAP. Dan sekarang, Alhamdulillah aku masih hidup di bawah pemerintahan PAS bila sampai di tanah semenanjung. Semua nya ok lah!! Aku rasa takda masalah pun benda ni semua. Yang buat tak ok tu agenda manifesto yang di jual dengan kata kata oleh tiap tiap individu. Masing masing nak menang kan?

Ni part paling aku benci sekali bila nak bincang pasal politik ni. Bila nak pancing undi sebelum PRU, macam macam manifesto di lemparkan supaya rakyat bukak sekejap mata. Janji macam macam bagai nak rak. Kalau boleh nak janji bagi satu planet bumi ni kat rakyat. Tapi bila dah menang lupa pulak janji diorang ni kat rakyat yang sokong diorang. Takpayah nak kata siapa punya angkara! BN ka PAS ka DAP ka, semua sama ja. Satu kata 'Janji Ditepati', satu kata 'Ubah', satu lagi kata 'Demi Rakyat'. Alahai.. Smoke screen ja tu semua. Kalau berani buktikan la! Jangan main janji ja!

Weh! Pesanan akhir dari aku. Makan nasik cicah kicap ngan ikan bilis lagi best la! Apa sangat la nak serius nak mampus dengan politik ni?



Ingat Umat Islam Semua. Allah Itu Maha Besar Dan Maha Kaya. Allahuakbar!