Sunday 9 June 2013

Tutorial (Pengajian Malaysia) : Perlembagaan Persekutuan Malaysia (The Federal Constitution of Malaysia)

Apakah maksud Perlembagaan?

- Undang-Undang Asas dan Prinsip yang digunakan untuk pemerintahan dalam tiap tiap negeri atau persatuan. Perlembagaan juga diiktiraf sebagai undang undang tertinggi dalam negara.

- Terdapat 16 bahagian  dalam perlembagaan iaitu

1. Negeri negeri Agama dan Undang undang bagi Persekutuan
2. Kebebasan Asasi
3. Kewarganegaraan
4. Persekutuan
5. Negeri negeri
6. Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri negeri
7. Peruntukan Kewangan
8. Pilihan Raya
9. Badan Kehakiman
10. Perkhidmatan perkhidmatan Awam
11. Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
12. Am & Pelbagai
13. Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah & Sarawak
14. Peruntukan Sementara & Peralihan
15. Kecualian Bagi Kedaulatan Raja raja
16. Prosiding Terhadap Yang Dipertua Agong dan Raja Raja

- Terdapat 183 artikel dalam perlembagaan. Namun begitu, jumlah aritikel mampu berubah mengikut bagi lain lain tahun, tertakluk kepada penggubalan pindaan/pembaharuan (Amendment) yang dicapai dalam tiap tiap tahun atau setiap 5 tahun. 

- Terdapat 2 jenis Perlembagaan 

1. Perlembagaan Bertulis (Written Constitution)
2. Perlembagaan Tidak Bertulis (Unwritten Constitution)

Perlembagaan bertulis adalah satu peruntukan dokumen bertulis yang telah digubal sebagai undang-undang sesebuah negara. Maksudnya, setiap tindakan yang ditetapkan di dalam dokumen ini harus dipatuhi dalam apa jua fungsi. Contohnya keputusan mahkamah ataupun cara pemerintahan tiap tiap negara harus berpandukan dokumen perlembagaan. Negara dibawah Perlembagaan Bertulis ini termasuklah Amerika Syarikat, Canada, Malaysia dan juga kebanyakkan dari negara negara Komanwel (Commonwealth).

Bagi Perlembagaan Tidak Bertulis pula bermaksud negara yang tidak memerintah berpandukan dokumen bertulis seperti United Kingdom. Bagaimanapun, terdapat perkara yang boleh menimbulkan persoalan terhadap pemerintahan di bawah perlembagaan tidak bertulis. Ini kerana walaupun tidak ada sebarang dokumen tunggal atau kumpulan dokumen-dokumen yang mewakili perlembagaan British, namun, setiap tindakan atau undang undang perlembagaan boleh diterbitkan mengikut situasi penting yang pernah berlaku sekiranya ia ada berkaitan dengan undang undang, penulisan undang undang dan keputusan kehakiman negara.

 Sebagai contoh, dalam tiap tiap kes yang berlaku, hakim mahkamah akan membuat keputusan/hukuman berdasarkan rekod terdahulu (melihat situasi yang pernah berlaku dan hukuman pernah dijatuhkan kepada pesalah). Sekiranya sebuah kes itu tidak pernah berlaku sebelumnya, hakim mahkamah berhak menggubal undang undang/hukuman baru. 

No comments: