Sunday 9 June 2013

Tutorial (Pengajian Malaysia) : Syarat Utama di Dalam Perlembagaan Malaysia

Terdapat 5 syarat utama Perlembagaan Malaysia iaitu

1. Bahasa Kebangsaan (National Language)
2. Kebebasan/Hak Asasi (Fundamental Liberties)
3. Agama (Religion)
4. Hak Istimewa/Artkel 153 (Special Position/Article 153)
5. Citizenship

Huraian

Bahasa Kebangsaan - Bahasa Melayu adalah bahasa penghantar utama. Pernyataan ini telah termaktub dalam Artikel 152. Namun demikian, tiada halangan untuk menggunakan bahasa lain dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, Bahasa Ingeris dianggap sebagai bahasa penghantar kedua.  

Kebebasan/Hak Asasi - Rakyat mempunyai hak untuk bermastautin di negara dan juga tiada istilah hamba abdi wujud di dalam Negara Malaysia. Undang undang yang digubal di dalam perlembagaan tidak dilihat dari apa jenis agama seseorang individu kerana setiap undang undang yang ada di selaraskan secara sama rata. Rakyat juga mendapat hak dari segi gerakkan (Movement), pelajaran (Education), harta benda (Property) termasuk juga hak untuk bersuara (Speech), berpesatuan (Association) dan juga hak untuk berhimpun (Assembly). Walaupun kebebasan diberikan untuk memilih agama, namun individu yang beragama Islam/Melayu tidak mendapat kebebasan ini dan ianya telah dinyatakan di dalam Artikel 160(2). Dalam artikel tersebut menyatakan sekiranya seseorang individu pada asalnya beragama Islam dan berniat untuk menukar agama (Selain Agama Islam), maka individu tersebut tidak lagi dianggap sebagai seorang Melayu.

Agama - Agama rasmi adalah Agama Islam. Bagi negara yang mempunyai Sultan/Raja, mereka dianggap sebagai Ketua Islam dalam setiap (9) negeri yang terdapat di Malaysia. Bagi negeri lain yang tidak mempunyai Sultan/Raja, secara automatik bernaung di bawah Yang Di Pertuan Agong (YDPA). Di dalam Rukun Negara (Malaysia), perkara pertama sekali yang di sebut adalah 'Kepercayaan Kepada Tuhan'.

Hak Istimewa (Bumiputera) - Menyatakan Kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain. Seperti yang telah dinyatakan di dalam Artikel 153, istilah Hak Istimewa orang Melayu temasuklah bantuan berbentuk biasiswa bagi membolehkan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, berkhidmat di dalam perkhidmatan awam persekutuan, tanah rizab, lesen perusahaan, dan juga perniagaan. Hak Istimewa ini tidak boleh dipinda kecuali dengan kebenaran Majlis Raja Raja (Council of Ruler). 

Kewarganegaraan - Terdapat 4 syarat untuk mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia iaitu

1. Jus Soli (Undang undang berdasarkan tempat lahir)
2. Jus Sanguinis (Undang undang berdasarkan darah Bapa)
3. Berkahwin (dengan individu bukan tempatan)
4. Naturalisasi

Jus Soli

Telah di nyatakan bahawa pasangan suami/isteri yang melahirkan anak di tanah melayu di antara tarikh merdeka atau sebelum tahun 1962, secara automatik anak tersebut mendapat hak kewarganegaraan walaupun suami/isteri datang dari negara lain.

Jus Sanguinis

Undang undang ini mengatakan kewarganegaraan seseorang anak itu terletak kepada darah bapanya. Maksud disini adalah, sekiranya seorang lelaki yang berasal dari Negara Malaysia menetap di luar negara dan berkahwin dengan rakyat tempatan (selain Malaysia), bapa kepada anak itu berhak untuk memilih taraf kerakyatan anaknya. Syarat lain ntuk mendapat kewarganegaraan Malaysia ialah, seorang bapa tersebut harus mendaftarkan nama anak mereka di pejabat kedutaan Malaysia yang mewakili di tiap tiap negara.

Berkahwin

Bagi tiap tiap individu yang mempunyai kerakyatan Malaysia dan berkahwin dengan rakyat asing, pasangan ini perlu menetap di Malaysia sekurang kurang nya selama 2 tahun untuk mendapat akses pendaftaran buat kali pertama (perlu dilaksanakan di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya). Syarat kedua adalah pasangan bukan warganegara ini perlu menunggu sekurang kurang nya selama 10 atau hingga 12 tahun untuk mendapat kelulusan (Status Penduduk Tetap a.k.a PR Status)

Naturalization

Setiap individu luar yang ingin mendapatkan status kewarganegaraaan Malaysia, mereka tidak perlu berkahwin dengan rakyat tempatan mahupun mengangkat sumpah. Syarat utama seorang yang melalu proses penaturalisasian ini adalah tidak memegang 2 kerakyatan. Untuk mendapat status kerakyatan, individu ini harus menjalani proses sama seperti pasangan yang berkahwin dengan individu bukan rakyat Malaysia iaitu mesti tinggal di negara selama 10 atau 12 tahun dan sekurang kurangnya tahu menggunakan bahasa Melayu.

No comments: