Thursday 6 December 2012

Tutorial : Cara Paling Mudah Untuk Hack Password WiFi (WEP/WPA)

Seperti yang dijanjikan 2 hari lepas. Aku akan post tutorial simple yang paling mudah. Sorry la sebab tak dpt post semalam atas alasan line memang lembab. Bagi aku line lembab tu adalah line mati! zZzzZz..

So dalam tutorial kali ni, korang tak perlu sediakan perkakas perkakas yang pernah aku perkatakan dalam entri sebelum ni. Tapi tetap ada persamaan iaitu korang perlu ada line internet dengan sebuah pendrive. Cukup itu sahaja! :)

Pernah dengar tentang software yang diberi nama Wireless Key View tak? Aku jamin tak semua tau. Takpe. Aku tak salahkan korang sebab malas mencari. Tak semua rajin pun nak usha benda alah macam ni. Lagipun bukan penting sangat pun!

Tapi orang macam aku, benda ni amat penting sekali. Sebab ia melibatkan line internet. Lebih lebih lagi bila ianya free a.k.a percuma! Dah tu hasil yang kita dapat dari explore software ni pun akan buat kita layari internet free lak! Yes! Best!

Wireless Key View ni boleh didapat di laman web Nirsoft. Click je kat link aku bagi ni. Tak payah nak google k! Anggap je aku tolong carikan utk korang. Memang itu pun tujuan aku tulis tutorial ni! Untuk memudahkan segalanya!

Sekiranya kat rumah korang tak boleh nak bukak internet (walaupun family ada subscribe), software adalah jawapannya! Aku pernah melalui situasi ni satu ketika dulu. Abang aku pasang password kat modem, aku tak boleh online, tapi dia sorang je boleh! This could be a situation perhaps you have been through. Tapi setiap permasalahan pasti ada jalannya! Hee!!

Baiklah. Aku akan mulakan tutorial di sini. 1st thing 1st seperti yang aku katakan tadi, korang kena ada 2 benda penting iaitu line internet (untuk download perisian Wireless Key View) dengan sebijik pendrive (untuk masukkan perisian yang di download)

2nd step : Pergi website yang aku pautkan di atas tadi dan download file tersebut.

3rd step : Masukkan file yang siap di download kedalam pendrive.

Info : Kalau tak silap aku file ni tak perlu nak install. Korang cuma perlu extract file dia terlebih dahulu dan letak dalam satu folder khas.

4th step : Masukkan pendrive yang telah dimuatkan software Wireless Key View tadi ke laptop mangsa/kawan/ibu/ayah/ofis/majikan korang.

Idea : Kalau boleh jangan la buat macam tak da apa apa. Bagi la alasan yang munasabah sikit kenapa korang nak cucuk pendrive kat lappy dorang. Takkan la terang terang bagitau nak curi password internet orang kan? Hee!! Bagi la alasan nak ambik file assignment ke, nak pinjam internet sbb nak buat kerja ka. Terpulang la bergantung dengan situasi semasa ok! :)

5th step : Lepas line clear (maksudnya takda orang nampak apa yang korang tengah buat), bukak software Wireless Key View (Pastikan right click dan pilih Run as Administrator) dan anda akan dapati dalam paparan berbentuk seperti di bawah :


Nota : Anda akan lihat paparan terdapat nama network, jenis encryption dan hex/ascii key. 

Final step : Tanpa membuang masa, save semua data yang telah anda dapat dari Wireless Key View ini dengan menekan butang paparan (Gambar diskette) dan masukkan ke dalam pendrive anda. Ini adalah bagi memudahkan tugas anda kemudian.

Apa yang anda perlu lakukan selepas ini? 

Senang sahaja! 

Masukkan pendrive anda ke pc/laptop anda, buka file yang telah anda save dari pc/laptop 'mangsa'. Anda akan melihat satu file berbentuk .txt (atau dikenali sebagai notepad. Open file tersebut dan anda akan lihat paparan seperti ini :

Nota : Nama file bergantung kepada anda sendiri. Sekiranya anda tidak memberi apa apa nama, ianya akan dilihat sebagai New Text Documents. Bagi situasi di dalam gambar, file tersebut di beri nama 'Haxed'.

Apa ada di dalam file tersebut? Sila lihat paparan di bawah : 



Yes! Segala details yang ada seharusnya akan terpapar seperti di atas! Amat mudah!? Ya! Terlalu mudah! Tugas korang seterusnya cuma masukkan password tersebut sekiranya di minta untuk berbuat demikian! 

Password WiFi ada 2 iaitu pada bahagian Key (Hex) ataupun Key (Ascii). Cuma plih satu sahaja dan.. Ermm.. Selamat melayari internet! 

P/s : Software ini memang terbaik. Sebabnya, korang tak perlu ambik masa sampai 2/3 jam nak crack password terutamanya jenis WPA Encrypted. Tak perlu Brute Force, tak perlu 200GB Dictionary dan paling best, tak perlu nak install additional OS seperti Linux/BT dan sebagainya! Kesimpulanya Wireless Key View FTW! :)


Selamat mencuba! :)

2 comments:

Eddy (AK Mukim) said...

pakcik mana satu yg nk di download kat sana tu..banyak sangat link

Aszweezer said...

Salam. Click kat link aku beri tu. Scroll pageg tu sampai ko jumpa ayat Download WirelessKeyView dekat area bawah.Itu la link yg diperlukan. :)