Saturday 9 March 2013

March 2013 Updated!!! : Baucar Buku 1 Malaysia - Mana Kedai Boleh Beli Printer?

Assalamualaikum dan selamat bercuti di hari minggu. Hujung minggu ni santai santai dengan keluarga memang best kan? Sama sama duduk menonton televisyen pastu minum teh waktu petang dengan cucur udang cicah sos.. Memang awesome sangat! 


Baik lah. Kepada pelajar yang selama ni tertanya tanya kat mana boleh beli printer guna baucar, sini ada jawapannya... Setelah berjam lamanya pusing pusing sekitar bandar baru Bangi, aku jumpa satu kedai yang terima baucar tu. Kedai tu kat Warta Complex. Mintak maaf buat pelajar luar kawasan Bangi. Tapi rasanya kedai ni ada kat area Puchong, Sri Petaling dengan Ampang. Boleh try la usha kedai ni kat area korang.

Proof Of Purchase


Oh ya. Pasal harga ni aku dikenakan cas sebanyak 20% dari harga asal sebab kenapa ntah. Tak penting sebenarnya.. Harga printer ni sebenarnya RM199. Lepas dikenakan 20% tambahan so itu la harga terakhir. Aku cuma perlu guna 4 keping baucar je dan nilai selebihnya aku guna duit sendiri sebab aku pun ada strategi sendiri. At least aku masih ada satu keping lagi bauca untuk aku beli alat tulis dan keperluan lain.




Ye.. Mungkin ada orang akan kata pembelian aku ni lain dari yang lain. BB1M sepatutnya beli buku. Tapi aku beli printer. Korang kena faham. Setiap kursus lain cara pembelajarannya. Macam kursus yang aku ambik sekarang memerlukan output result yg harus dicetak. Setiap practical results itu yang akan menentukan masa depan aku. Mcm itu jugak la yang berlaku terhadap pelajar khursus lain aku rasa. 

Ambik contoh pelajar jurusan lukisan kejuruteraan. Aku rasa kecenderungan untuk diorang beli kertas dan alat lakaran mesti tinggi kan? Jurusan undang undang pulak mesti berkecenderungan untuk beli buku ilmiah yang berkaitan. Apa bezanya aku? Aku beli printer sebab itu yang di perlukan. Harap harap takde la rakyat Malaysia yang sarcastic nak sangat politikkan pembelian aku ni. In Shaa Allah. :)

Akhirnya Laptop Aku Ada Kawan Baru!

Oh ya sebelum aku terlupa. Aku ingin berterima kasih kepada kerajaan terutamanya PM dan menteri pelajaran Malaysia kerana sudi membantu pelajar tidak kira dari pengajian awam ataupun swasta. Aku rasa bantuan ini amat berguna untuk pelajar yang memerlukan! Dan disini aku ingin ambil kesempatan untuk mengatakan 'Shame on you idiots' kepada pelajar yang mengambil kesempatan menggunakan baucar dan ditukar kepada wang ringgit dan dilaburkan untuk benda benda yang tak berfaedah. Korang ni sebenarnya cuma parasit yang menapak di institusi pengajian dan tak akan pergi jauh mana pun. Cuma cukup sekadar menambah kuota sebuah kelas. :)

Okeh! Itu saja aku nak kongsi kot. Assalamualaikum pembaca setia dan You'll Never Walk Alone! :)

No comments: