Thursday 8 January 2015

Auf Wiedersehen German-Malaysian Institute. My 2015 - A New Year As An Old Human

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat tahun baru sahabat bloggers semua! 

Tak sangka. Lama betul dah aku menginap di planet bumi ni. Syukur Alhamdulillah. 

KehendakNya jua. 

Lately memang susah betul nak luangkan masa bermadah di blog. Alhamdulillah.. Akhirnya aku telah tamat pengajian selama 3 tahun di GMI. Tak sangka. Sebenarnya waktu sem 1 aku pernah fikir, macam mana agaknya bila menempuh dunia FYP. Memang/Confirm/Sah apa yg di buat tak kan jadi. Macam2 lagi la yang terlintas di fikiran.

Syukur. 

Aku ingat lagi time group kitorang buat External Demonstration with a group of  industrial companies yang ternama, waktu tu aku sebenarnya nak menangis bila mendapat sedikit pujian (banyaknya advice untuk future purposes dari pujian sebenarnya) dari local engineer, doktor (Lecturer) dari UTeM dan H&R Manager dari Continental Sime Tyre. Penat lelah mengharungi semester akhir memang menyeronokkan sebenarnya. 

Seminggu sebelum Internal Demonstration memang tegang gila. Masing masing dalam dunia sendiri. Aku ingat lagi minggu tu jugak aku bertanya kat HOS IE. Aku plan tak nak cat plant. Biar macam tu je. Kalau nak cat biar waktu External. HOS rilek je kata, kalau ada masa cat, kalau takda, takpe la. And then malam terakhir sebelum internal, HOD pulak lepak kat group aku. Time tu aku ingat lagi. Tengah duduk, depan panel, buat wiring. Wire memang bersepah, 

Acah2 HOD bagi nasihat dengan menggunakan perkataan 'Kalau' yang terlalu kerap dalam perbualan.  Kalau tukar ke bahasa pasar : Der. kalau plant lu ni x jadi, rilek la. Nanti wa bagi markah tak jadi jugak la. Apa da hal kan? 

Keesokkan harinya : Miracle happen depan HOD - HOS dan 3 panel verifiers yg lain. Plant run smoothly, plant memang semua siap kena cat, plant boleh produce product. Agaknya apa yang berlaku waktu Question and Answer session? Malas nak kata apa. Manusia macam aku ni memang suka di puji! Hahahaha!! Semua orang suka di puji. Betul? 

Aku takkan lupa pengorbanan member2 group aku. Masing2 kerja keras, advise datang dari HOS (Head of Section) memang aku guna betul betul. Kalau takda dia, aku tak tau apa yg bakal berlaku kat group aku ni. Aku sebenarnya bukan reti sangat buat wiring. 

Pernah sekali aku mengalami situasi di mana aku memang benar2 jammed. Otak tak boleh pergi. Tenung plant, tenung panel macam orang mati bini. Betul betul berlaku bro. Engineers je yang faham perasaan macam tu rasanya.

So sini aku nak belanja sikit rupa bentuk plant FYP kitorang. 

Sebelum

Selepas



Wajah 'External Presentation'


Punca sebenar hilang sense of humor sekeliling alam

Sehari sebelum Internal Presentation

Sehari sebelum Internal Presentation (Sejam Sebelum)

Sehari sebelum Internal Presentation (Sejam Selepas)

Wajah 'Internal Presentation'

Saya selaku 'Abang Karen'

External Presentation (The Moment, The Truth)
Massecuite Production Pilot Plant nama diberi. Apa itu Massecuite? Encik/Makcik boleh lah google untuk keterangan lebih lanjut ye.

Tuesday 14 October 2014

FYP (Last part of journey.. Not?)

Assalamualaikum uollss.. Wah......... Tak sangka jugak aku sekarang dah masuk fasa terakhir di GMI!!! 3 tahun rasa macam 1 bulan jersss.. 

Alhamdulillah. Dalam banyak2 kitorang yang melalui tempoh 3 tahun di GMI ni, ada jugak member2 yang tinggalkan kitorang setengah jalan. Sedih jugak kalau fikir balik. Apa la nasib diorang. Aku tetap doakan geng2 yang lepas tangan tu berjaya jugak satu hari kelak. 

Jatuh but never forgotten : 

Fateh
Sharif
Aliff
Lim
Helmi
dan x lupa kat geng course lain, ada yang dah lupa nama...

So mid term final dah lepas, now focus kat FYP jer. Ni lagi satu yang kena lepas baru boleh sebut hooray! Project kitorang utk FYP ni Massecuite Production. Apa itu Massecuite? Jom masuk GMI! Nanti kita kongsi ilmu sama sama. Last but not least, Viel Gluck to all GMi-ans! #YNWA

Ok lah. Leave you here then.. Adios! 

Thursday 6 March 2014

Tutorial : Bagaimana untuk Release IP Address, Renew, dan Flush DNS

Pernahkah korang mengalami IP conflicts dengan member serumah? Atau member sekerja? Atau anda 'meminjam' WiFi jiran dan IP anda terconflict dengan IP jiran anda? Kat sini aku ada sedikit tips untuk mendapatkan IP address baru. Tutorial ni pun hasil dari aku buat research dari web orang tau. Aku ni noob jer.

Bak kata orang. Kalau ambik dari satu sumber, itu namanya mencuri. Tapi kalau ambik dari banyak sumber, itu namanya research. Alright. Tak payah cerita panjang. Tutorial bermula dari sekarang. :)

P/S: (Memandangkan aku ni pengguna Windows, jadi tutorial ni khas untuk Windows sahaja. Boleh try kat MAC system. Mana tau sama? Hehe)


Untuk memulakan proses penukaran IP, korang perlu open Command Prompt dari Windows korang terlebih dahulu.

Langkah  :
  • Click Start.
  • Select All Programs.
  • Select Accessories dan click shortcut Command Prompt.
  • Right click Command Prompt shortcut dan pilih Run as Administrator dari drop down menu.
  • User Account Control (UAC Menu) akan terbit setelah memilih Run as Administrator. Proceed dengan memilih butang Yes.

Seterusnya proceed kepada langkah yang seterusnya. Di sini bermulanya segala aktiviti menukar IP address korang dengan IP address yang fresh new.

Langkah :
  • Taip ipconfig /release pada Command Prompt (CMD) korang.
        - Tunggu beberapa saat untuk proses pembebasan IP Address lama. Jangan tekan apa apa butang.
  • Seterusnya taip ipconfig /renew.
        - Tunggu beberapa saat untuk proses mewujudkan IP Address yang baru. Jangan tekan apa apa butang.
  • Taip ipconfig /flushdns untuk langkah seterusnya. Ini adalah langkah yang terakhir.

Setelah selesai memasukkan command terakhir, tutup CMD window korang dan cuba try test compare IP address lama dengan IP address yang baru. Ada perubahan tak?  

Baiklah. Itu saja perkongsian ilmu yang aku nak karang dalam blog cabuk aku ni. Akhir kata, selamat mencuba dan #YNWA (Anda tidak berjalan sendirian)

Monday 17 February 2014

Latihan Industri - CESB Miri 23/12/13 - 04/04/14

Assalamualaikum dah salam sejahtera. Dah lama tak fokus dengan blogging ni. Maafkan aku ye wahai peminat peminat sekalian. Time ni aku sedang proses meng-latihan industri kan diri selama 4 bulan. So kome tau la lagu mana busy dia.

Alhamdulillah. Syukur ke atas kurniaan Illahi. Setakat ni dah nak masuk 2 bulan dah aku praktikal kat CESB; salah satu company oil and gas di Miri. Nothing much to do really. Since briefing dengan TTO aku di institut tempat aku belajar, aku sering teringat akan pesanan beliau. Last time dia pernah kata kat batch yg bakal ke latihan industri, time praktikal, jangan tunjuk pandai dengan perkerja tempat praktikal. Nanti orang tak suka kat kita.

Yap. Aku pernah ter-ajar brader senior kat tempat aku praktikal ni. Seriously aku bukan sengaja. Tapi memang habit aku nak memperbetulkan perkara yang memang jelas salah. Huhuu... Seriously bro. That is not a good decision. Because they expect us to learn stuffs from them. Bukan kita yang pegi praktikal ni yang ajar mereka how to do stuffs. Lebih lebih lagi yang kita tegur ni abang veteran a.k.a dah kira tahap legend kat warehouse.

One thing does important bila praktikal ni adalah make friends! Be good to people. Be punctual. But this doesn't needs you to jilat bontot anyones. Act normal. Jangan over sangat. Itu pun boleh buat orang tak suka. 

You know what? 

Bulan pertama aku kena stay di HQ sebab aku x boleh masuk warehouse tanpa attending the safety induction dari Safety Officer. Dalam masa yang sama aku carik member and member pertama aku is HQ receptionist. She's ok to me. Last last memang aku rapat dengan dia. Everyday aku lepak ngan pempuan tu until one day safety induction pun diberi. So next week selepas briefing dengan Safety Officer, aku pun dipindahkan di warehouse. It's ok. I am happy sebab memang saat itu lah yang aku tunggu selama ni.

Di warehouse, aku ditempatkan dengan 3 orang lagi pelajar yang praktikal di sana. 2 orang pelajar dari Politeknik (Kuching dan PD) dan seorang lagi pelajar dari Curtin University. Awkward moment bila x biasa dengan 3 orang ni yang sememangnya macam dah kenal lama and aku jadi seorang pendiam.

Stop! Itu hanyalah lakonan semata mata. Tidak menggunakan masa yang lama, aku mula menunjukkan siapa aku yang sebenar. Selepas minggu pertama aku dah mula relax dan aku dalam keadaan normal state dan tiada perasaan awkward. 

Rasanya setakat ni je yang aku mampu share kat kome. Pukul 9 ni memang waktu breakfast kat tmpt aku. Lepas 9:30, dah start mula bekerja. Baik aku pegi breakfast dulu ye. Have a nice day uolls. Have a good day!

Assalamualaikum.~

Saturday 2 November 2013

Luahan Hati Seorang Lelaki

Zaman dah canggih. Buat apa nak karang? :)

Blogspot ada masalah untuk login.

Adakah anda mengalami nasib yang sama? Adakah ralat pada template atau blogspot itu sendiri?

Tuesday 3 September 2013

Hi There! There!

Dah lama tak tulis blog. Rasanya since cuti semester lepas kot. Sekarang dah masuk semester baru dan dah nak dekat mid term dah. Hehehe.. Maaf kalau saya ni kehilangan minat untuk ber-blog. Tapi In shaa Allah saya akan mula menjinakkan diri dengan dunia blog semula.. #Pray for #Syria #Egypt #Palestine #Iraq.