Sunday 9 June 2013

So Here Comes Final Exam : 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan blog yang di kasihi sekalian (pergh ayat). :)

Semalam aku telah banyak menghabiskan masa hujung minggu aku dengan menelaah bab bab berkenaan dengan Perlembagaan di Malaysia. A lmaklum lah semesti ni aku wajib ambik subjek social science (Malaysian Studies). Dah tu 3 jam kredit pulak. Mengalahkan jam kredit subjek kejuruteraan. Huh.. Tapi takpe. A ku rasa aku dah bersedia (35%) dah kot? Heee.. Rilek je. 

Mengapa aku mengarang semula apa yang telah aku pelajari dalam bab 'Federal Constitution' ni? Antara jawapan yg sesuai adalah aku rasa soalan ni kemungkinan akan keluar sebab time buat revision aritu, aku perasan lecturer aku asyik sentuh bab ni je sepanjang 3 minggu berturut. Lain macam kan? Takkan tak tau apa maksud yg tersirat kan? Hehehe.. Study kat highest level ni, kene alert tau! Kalau tak rugi + menyesal di kemudian hari. 

Satu lagi sebab lain adalah sepanjang proses pembelajaran di dalam kelas Malaysian Studies ni, bahasa penghantaran rasmi dalam Bahasa Ingeris. So siapa yang tak berapa nak reti bahasa ingeris ni memang susah otak nak terima. Tambah pulak lecturer aku ni jenis yang cepat sangat explain setiap bahagian. Seriously subjek ni memang boleh kata hampir semua dia nak cover.

Jadi untuk memudah kan aku paham, aku karang semula dalam Bahasa Melayu. Sekurang kurangnya aku ingat dalam Bahasa Melayu dan tugas aku di dalam dewan perperiksaan nanti hanya perlu ingat semula apa yang aku dah tulis dan terjemahkan dalam Bahasa Ingeris (Rojak). Hehehe...

Perjuangan aku tak berhenti di situ. Kalau semester yang lalu, final exam kitorang ada 2 minggu dan tiap tiap paper ada gap at least sehari, semesti ni berbeza sedikit. Semua paper final aku dibuat dalam 5 hari berturut turut tanpa ada gap. Kesimpulannya aku kena reti bahagi masa aku. Lepas aku buat revision utk satu subjek, aku cuba untuk curi masa membaca nota subjek lain. Agaknya ada berberapa subjek lain aku akan abaikan saja kerana sebelum ni aku dah buat revision gerak gempur sampai aku dah boleh ingat apa yang aku dah revise dan rasanya tak payah dah aku nak belajar lagi (kot?). Hahaha.. Macam terer je aku ni kan? Berlagak sangat. zZzzzZ...

Apa apa pun selamat maju jaya buat semua pelajar German-Malaysian Institute. Know that we are live to be the best. In shaa Allah. Amin! Well see you in success!

Tutorial (Pengajian Malaysia) : Syarat Utama di Dalam Perlembagaan Malaysia

Terdapat 5 syarat utama Perlembagaan Malaysia iaitu

1. Bahasa Kebangsaan (National Language)
2. Kebebasan/Hak Asasi (Fundamental Liberties)
3. Agama (Religion)
4. Hak Istimewa/Artkel 153 (Special Position/Article 153)
5. Citizenship

Huraian

Bahasa Kebangsaan - Bahasa Melayu adalah bahasa penghantar utama. Pernyataan ini telah termaktub dalam Artikel 152. Namun demikian, tiada halangan untuk menggunakan bahasa lain dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, Bahasa Ingeris dianggap sebagai bahasa penghantar kedua.  

Kebebasan/Hak Asasi - Rakyat mempunyai hak untuk bermastautin di negara dan juga tiada istilah hamba abdi wujud di dalam Negara Malaysia. Undang undang yang digubal di dalam perlembagaan tidak dilihat dari apa jenis agama seseorang individu kerana setiap undang undang yang ada di selaraskan secara sama rata. Rakyat juga mendapat hak dari segi gerakkan (Movement), pelajaran (Education), harta benda (Property) termasuk juga hak untuk bersuara (Speech), berpesatuan (Association) dan juga hak untuk berhimpun (Assembly). Walaupun kebebasan diberikan untuk memilih agama, namun individu yang beragama Islam/Melayu tidak mendapat kebebasan ini dan ianya telah dinyatakan di dalam Artikel 160(2). Dalam artikel tersebut menyatakan sekiranya seseorang individu pada asalnya beragama Islam dan berniat untuk menukar agama (Selain Agama Islam), maka individu tersebut tidak lagi dianggap sebagai seorang Melayu.

Agama - Agama rasmi adalah Agama Islam. Bagi negara yang mempunyai Sultan/Raja, mereka dianggap sebagai Ketua Islam dalam setiap (9) negeri yang terdapat di Malaysia. Bagi negeri lain yang tidak mempunyai Sultan/Raja, secara automatik bernaung di bawah Yang Di Pertuan Agong (YDPA). Di dalam Rukun Negara (Malaysia), perkara pertama sekali yang di sebut adalah 'Kepercayaan Kepada Tuhan'.

Hak Istimewa (Bumiputera) - Menyatakan Kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain. Seperti yang telah dinyatakan di dalam Artikel 153, istilah Hak Istimewa orang Melayu temasuklah bantuan berbentuk biasiswa bagi membolehkan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, berkhidmat di dalam perkhidmatan awam persekutuan, tanah rizab, lesen perusahaan, dan juga perniagaan. Hak Istimewa ini tidak boleh dipinda kecuali dengan kebenaran Majlis Raja Raja (Council of Ruler). 

Kewarganegaraan - Terdapat 4 syarat untuk mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia iaitu

1. Jus Soli (Undang undang berdasarkan tempat lahir)
2. Jus Sanguinis (Undang undang berdasarkan darah Bapa)
3. Berkahwin (dengan individu bukan tempatan)
4. Naturalisasi

Jus Soli

Telah di nyatakan bahawa pasangan suami/isteri yang melahirkan anak di tanah melayu di antara tarikh merdeka atau sebelum tahun 1962, secara automatik anak tersebut mendapat hak kewarganegaraan walaupun suami/isteri datang dari negara lain.

Jus Sanguinis

Undang undang ini mengatakan kewarganegaraan seseorang anak itu terletak kepada darah bapanya. Maksud disini adalah, sekiranya seorang lelaki yang berasal dari Negara Malaysia menetap di luar negara dan berkahwin dengan rakyat tempatan (selain Malaysia), bapa kepada anak itu berhak untuk memilih taraf kerakyatan anaknya. Syarat lain ntuk mendapat kewarganegaraan Malaysia ialah, seorang bapa tersebut harus mendaftarkan nama anak mereka di pejabat kedutaan Malaysia yang mewakili di tiap tiap negara.

Berkahwin

Bagi tiap tiap individu yang mempunyai kerakyatan Malaysia dan berkahwin dengan rakyat asing, pasangan ini perlu menetap di Malaysia sekurang kurang nya selama 2 tahun untuk mendapat akses pendaftaran buat kali pertama (perlu dilaksanakan di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya). Syarat kedua adalah pasangan bukan warganegara ini perlu menunggu sekurang kurang nya selama 10 atau hingga 12 tahun untuk mendapat kelulusan (Status Penduduk Tetap a.k.a PR Status)

Naturalization

Setiap individu luar yang ingin mendapatkan status kewarganegaraaan Malaysia, mereka tidak perlu berkahwin dengan rakyat tempatan mahupun mengangkat sumpah. Syarat utama seorang yang melalu proses penaturalisasian ini adalah tidak memegang 2 kerakyatan. Untuk mendapat status kerakyatan, individu ini harus menjalani proses sama seperti pasangan yang berkahwin dengan individu bukan rakyat Malaysia iaitu mesti tinggal di negara selama 10 atau 12 tahun dan sekurang kurangnya tahu menggunakan bahasa Melayu.

Tutorial (Pengajian Malaysia) : Pindaan Perlembagaan Malaysia (Amendment of the Constitution in Malaysia)

Terdapat 3 kaedah dalam proses bagi meluluskan Pindaan/Pembaharuan Perlembagaan di Malaysia. Ianya dilakukan selepas bacaan ketiga (Third Reading) dihadapan Yang Di Pertuan Agong, disaksikan oleh 222 wakil Dewan Perwakilan (House Of Representative) dan juga Dewan Senat (House of Senate). Antaranya adalah :

1. Diluluskan/disokong oleh 2/3 dari (222) jumlah wakil dari Dewan Perwakilan.

2. Dipersetujui/diperkenan oleh Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dengan sokongan majoriti (2/3) dari jumlah gabungan Dewan Perwakilan (222) dan juga Dewan Senat (70).

3. Dipersetujui/diperkenan oleh Yang Di Pertua Negeri (YDPN) dengan sokongan majoriti (2/3) dari jumlah gabungan Dewan Perwakilan (222) dan juga Dewan Senat (70).

Tutorial (Pengajian Malaysia) : Perlembagaan Persekutuan Malaysia (The Federal Constitution of Malaysia)

Apakah maksud Perlembagaan?

- Undang-Undang Asas dan Prinsip yang digunakan untuk pemerintahan dalam tiap tiap negeri atau persatuan. Perlembagaan juga diiktiraf sebagai undang undang tertinggi dalam negara.

- Terdapat 16 bahagian  dalam perlembagaan iaitu

1. Negeri negeri Agama dan Undang undang bagi Persekutuan
2. Kebebasan Asasi
3. Kewarganegaraan
4. Persekutuan
5. Negeri negeri
6. Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri negeri
7. Peruntukan Kewangan
8. Pilihan Raya
9. Badan Kehakiman
10. Perkhidmatan perkhidmatan Awam
11. Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
12. Am & Pelbagai
13. Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah & Sarawak
14. Peruntukan Sementara & Peralihan
15. Kecualian Bagi Kedaulatan Raja raja
16. Prosiding Terhadap Yang Dipertua Agong dan Raja Raja

- Terdapat 183 artikel dalam perlembagaan. Namun begitu, jumlah aritikel mampu berubah mengikut bagi lain lain tahun, tertakluk kepada penggubalan pindaan/pembaharuan (Amendment) yang dicapai dalam tiap tiap tahun atau setiap 5 tahun. 

- Terdapat 2 jenis Perlembagaan 

1. Perlembagaan Bertulis (Written Constitution)
2. Perlembagaan Tidak Bertulis (Unwritten Constitution)

Perlembagaan bertulis adalah satu peruntukan dokumen bertulis yang telah digubal sebagai undang-undang sesebuah negara. Maksudnya, setiap tindakan yang ditetapkan di dalam dokumen ini harus dipatuhi dalam apa jua fungsi. Contohnya keputusan mahkamah ataupun cara pemerintahan tiap tiap negara harus berpandukan dokumen perlembagaan. Negara dibawah Perlembagaan Bertulis ini termasuklah Amerika Syarikat, Canada, Malaysia dan juga kebanyakkan dari negara negara Komanwel (Commonwealth).

Bagi Perlembagaan Tidak Bertulis pula bermaksud negara yang tidak memerintah berpandukan dokumen bertulis seperti United Kingdom. Bagaimanapun, terdapat perkara yang boleh menimbulkan persoalan terhadap pemerintahan di bawah perlembagaan tidak bertulis. Ini kerana walaupun tidak ada sebarang dokumen tunggal atau kumpulan dokumen-dokumen yang mewakili perlembagaan British, namun, setiap tindakan atau undang undang perlembagaan boleh diterbitkan mengikut situasi penting yang pernah berlaku sekiranya ia ada berkaitan dengan undang undang, penulisan undang undang dan keputusan kehakiman negara.

 Sebagai contoh, dalam tiap tiap kes yang berlaku, hakim mahkamah akan membuat keputusan/hukuman berdasarkan rekod terdahulu (melihat situasi yang pernah berlaku dan hukuman pernah dijatuhkan kepada pesalah). Sekiranya sebuah kes itu tidak pernah berlaku sebelumnya, hakim mahkamah berhak menggubal undang undang/hukuman baru.