Friday 14 December 2012

Final Exam : Day 2

Selamat pagi jumaat sahabat ku! Seperti yang di janjikan. Update untuk hari ke 2 ujian akhir semester. Hari ni tadi test Math. Hmm.. Nothing special really. Tapi yang best nya, tinggal 3 paper lagi. Lepas tu merdeka! Hip hip!

Rasanya macam takda apa la aku nak update pasal day 2 ni sebab math punya soalan. What do you expect more to it? Of kos la melibatkan pengiraan, tunggang terbalik dan seangkatan dengannya. Dimulakan dengan 30 soalan objektif dan selebihnya pengiraan sepenuh nya. Objektif tadi banyak soalan senang. Sampai ade 2 soalan tu, jawapan siap siap dah bagi kat formula sheets. Hahaha.. Kalau ade jugak yang tak boleh jawab aku tak tau la nak kata apa..

Tapi masuk je bahagian 2, aku start slow. Belek semua soalan je makan masa 2-3 minit gak. Nak usha soalan senang dulu. Nampak nya soalan bahagian 2 ni takde la dapat makan. Main hentam je. Tak tau la soalan pertama aku dah buat silap. Sepatutnya soalan tu nak pengiraan dalam cramer rules (soalan matrix). Tapi aku buat guna inverse rules. Perghh.. Nasib la 10 minit terakhir aku baca balik soalan. Kalo tak memang sia sia la semua nya. 10 minit terakhir tu jugak aku terus buat balik guna cramer rules.

Sebenarnya aku bukan terer mana pun math ni. Tapi kalau nak compare dengan math semester lepas, susah lagi yang semester lepas aku rasa. Tapi aku taknak la ambik mudah sebab aku tau math ni penting lebih lebih lagi untuk candidate yang ambik jurusan kejuruteraan. JANGAN AMBIL MUDAH!

Sebelum ambik paper tu, aku ambik masa revision lama jugak. Aku start bukak buku dari pukul 2 rasanya sampai pukul 9 pagi. Tukar shift ngan member bilik aku time pagi. Dia bangun, aku tido kejap. Sejam je! At least masuk dewan perperiksaan takde la mamai sangat! Tapi petang nya aku terus la balas dendam sampai tak sedar member masuk bilik aku dah blah pukul bape ntah since sampai dari lepas makan tengah hari. Huhuhu..

Baik la.. Pagi ni pulak aku ade test German Language 2. Harap harap la aku boleh buat dengan baik. Aku tak berapa reti sangat bahasa German ni. Tapi buat yang nak stadi kat GMI, korang kena ambik jugak paper ni walau pun tak suka. Hehee!

Viel Gluck to all GMI-ans! 

No comments: