Friday 7 December 2012

Sehari bersama Domino's Pizza!

Hari ni kitorang punya plan agak bizarre sikit. Mana tak nye. Since kelas dismiss, kitorang pakat nak makan pizza. Yelah. Masing masing tak makan lagi. Lepas tu terdengar pulak Domino's Pizza ade celebration yang membawak kepada 50% discount ke atas semua jenis pizza yang ada, so dengan gagah beraninya kitorang cuba call. 1st tu operator dia kata boleh dapat discount tu even ordering via phone. So kitorang hold on dulu.

Balik bilik, kumpul semua kupon yang ade, kitorang berkumpul kat cafe perempuan GMI. Kat sana sambung balik discuss pasal nak order Pizza. Time tu lepas Azan Asar. Time ni aku menggagah kan diri call balik operator Domino's. Kali ni bukan operator yang angkat call aku sebelum ni. Semua information yang aku dapat sebelum ni berubah. Operator tu kata, kalau nak 50% discount, semua order kena buat dalam online. Time ni masih tak kisah lagi sebab memang comfirm dah nak order at least 10 set regular.

Bila nya cuba order online, masalah datang satu demi satu. Nak order kena pakai hp pulak. Tau la mcm mane potensi kelembapan line internet company 'itu' kan? Sampai low batt handphone member gegerl aku. Tak putus asa lagi. Member aku sorang sanggup naik hostel bawak turun laptop dia. Kali ni try order guna laptop lak. Sama je.. Line punya problem membawak ke Azan Maghrib. zZZZzz..

Last last member aku dgn couple nya pegi kelas (sebab line internet sana laju) untuk pegi order, aku pulak balik bilik kejap sebab nak solat. Bila everything settle, kitorang gathering sekali lagi kat kelas. Time ni aku tanya la member member. Dapat tak discount 50% dari Domino's. Diorang kata terpaksa order cara biasa je sebab banyak sangat masalah bila sesi pengorderan tu. Aku memang dah agak dah sebab promosi sehari je. Lepas tu 50%. Siapa la manusia yang tak nak kan? Confirm la server website Domino's Pizza tu lag!

Tapi takpe. Walaupun tak dapat discount 50% tu, akhirnya kitorang berjaya order 3 large, 3 regular pizza! Serious memang puas hati! Sampai mulut aku rasa mengembang! Haha! Takde lebih k! Semua dah masuk dalam perut! Cuma yang tinggal hanya kotak kotak nya sahaja! So sini ada berberapa aksi ngeri dari geng geng kelas aku! Enjoy! :)







No comments: