Monday 4 February 2013

Baucar Buku 1 Malaysia - Mana Kedai Boleh Beli Printer?



Assalamualaikum semua. Hari ni aku rasa takda apa yang nak dikongsi. Cuma aku ada satu soalan je yang aku tak dapat lagi jawapan nya. So harap harap ada la pihak yang sudi untuk menjenguk blog cabuk aku ni and jawab soalan yang dah lama rasanya tak terjawab.

Ada sesiapa yang tau kat mana aku boleh gunakan baucar buku untuk beli printer harga bawah RM250 eh? Kalau boleh jangan la ngam ngam dengan jumlah baucar sebab aku nak beli buku ngan alat tulis jugak. Tapi so far semester ni dan seterusnya, aku perlukan sebuah printer bagi memudahkan kerja lebih lebih lagi jurusan kejuruteraan ni banyak sangant job sheet dan output results yang memerlukan aku untuk mencetak.

Aku slalu je usha kat pakcik google pasal ni. Memang ada yang dapat beli. Tapi takde pulak dorang nyatakan tempat diorang beli printer tu. Kalau macam MPH ngan Popular, so far aku tau boleh beli mouse, cd kosong dan byk lagi. Tp bagi aku semua tu kurang penting berbanding printer.

So kepada yang tau kat mane boleh dapat, tolong bantu help aku nyatakan kedai tu. Kalau boleh kedai tu ada la kat area aku stadi ni. (Bangi, Kajang, Cheras, KL pun boleh).

Trimas! Go! Go! Process Instrumentation and Control students! :)

No comments: