Sunday 28 April 2013

Free Tutorial : Setting Router (UniFi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini aku ingin berkongsi tutorial tentang berberapa setting penting yang harus dilaksanakan untuk pengguna UniFi.

Baiklah. Kita mulakan terus ya! Apa yang korang perlu lakukan adalah masuk ke browser pilihan (Mozilla, Chrome, Opera) dan log in pada link ini 192.168.0.1 dan korang akan nampak paparan seperti ini keluar pada browser korang.


Jangan risau tentang password. Cuba guna kombinasi password seperti di tertera di bawah.

1. Username: admin
    Password: (Biarkan kosong)

2. Username: admin
    Password: Telekom

ATAU

3. Username: operator
    Password: Telekom

4. Username: operator
    Password: h566UniFi


Kebiasaannya korang hanya perlu guna yang no.1 kerana pada awal installation, technician UniFi akan biarkan korang sendiri yang tetapkan password just in case korang nak kukuh kan lagi keselamatan (security). :)

Setelah log in menggunakan kombinasi username diatas, paparan seterusnya seharusnya seperti di bawah.


Untuk menukar password login terdahulu (Rujuk paparan pertama), korang perlu klik pada butang Maintenance dan korang akan dapati paparan seperti di bawah.


Setelah selesai menukar password log ini, langkah seterusnya, korang pergi semula ke butang Setup, dan pilih Wireless Setup di kolum bahagian kiri. Pertama sekali, tukar nama SSID korang mengikut pilihan hati kerana tetapan default, nama SSID akan diset seperti ini :

<your-unifi-id>@unifi

Seterusnya part paling crucial dalam tetapan router korang adalah pada Wireless Connection Setup. Aku mengesyorkan korang agar pilih tetapan Manual Wireless Connection Setup untuk langkah seterusnya. 

 

Gunakan tetapan seperti di atas. Apa yang penting di tetapan ini adalah pada bahagian Wireless Security Mode. Adalah harus di tukar kepada WPA.WPA2 sekiranya default setting adalah dalam mode WEP. 

Pada WPA/WPA2 setting, sila lihat pada pilihan Cipher Type dan PSK/EAP. Pastikan korang pilih Auto(TKIP/AES) dan PSK. Setelah selesai semua setting, tekan butang Save Settings. 

Selamat Mencuba. 

P/S : Untuk mengukuhkan lagi kekebalan, pastikan password korang digabung dengan pelbagai bentuk character kerana sekiranya korang hanya tulis nama atau nombor telefon, ianya amat mudah untuk para penggodam untuk menceroboh. Sila rujuk kombinasi password dan tempoh yg diperlukan oleh penggodam mendapatkan akses penuh dari wifi korang di laman web Avast.



No comments: