Saturday 20 October 2012

IGEM 2012 (Part 1)

Bulan puasa yang lepas aku dengan geng2 group aku sahut cabaran pensyarah aku utk buat satu video berbentuk footage 3 segmen. Time mula2 dapat arahan buat video tu mcm biasa la.. Rilekk luuu... Dah sampai nak deadline baru la semangat berkobar nak berlakon. Bukan ape pon. Sebab takut takde markah. Gila ka benda senang pun malas nak buat? Hehehe...

So bermula la kisah nak berlakon ni. Nak kata semua terer berlakon tak jugak. Nak kata pelakon semua keras mcm batu pun tak jugak. Tapi yang paling dekat untuk menggambarkan watak masing2 adalah kayu la sebab kayu ni tak semuanya keras kan? Ekekeke..

Oh ya.. Part paling best bila berlakon ni kena pulak time ramadhan. Time posa mcm2 dugaan kene harung. Mana tak. Ade pulak part dlm video tu kene berlakon minum air.. Perghh.. Tapi Alhamdulillah sebab tak de pun sebarang titisan air tu masuk melalui kerongkong(agaknye).

Eh! Tak cukup lagi intro aku ni.. Oh.. Takpe la. Aku akan announce time outro nanti k! So kalau nak tengok video tu, aku sediakan pautan dia kat sini. So takde la korang jenuh carik satu satu kat Youtube kan? Selamat menonton! :)



Yes! Kesudahannya, video ni dapat no.1 dalam kelas kitorang berdasarkan jumlah 'Like' dan 'Views' dari penonton. Terima kasih sangat sangat kepada yang sudi membuang sedikit masa untuk melihat video yang tak seberapa tu. Alhamdulillah. Hadiah nya takde la best sangat. Tapi sekurang2 nya semua yang berjuang dalam video ni berpeluang untuk pergi ke KLCC sebagai tamu eksklusif yang digelar sebagai IGEM-ers!

Info : IGEM adalah singkatan untuk International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia. Pameran ini telah berlangsung sejak 3 tahun lalu dikelola oleh KeTTHA dan disertai oleh pelbagai syarikat terkenal seluruh dunia termasuk Jepun, China, Thailand, Singapore dan banyak lagi. Antara produk yang di pamerkan adalah bertemakan hijau a.k.a green technology.

 Antara produk yang menarik perhatian kami di pameran tersebut :







  

 


No comments: